260825887_445686390261839_7016494036431374298_n
260825887_445686390261839_7016494036431374298_n

IPG kekal relevan bagi melahirkan guru berkualiti tinggi

Adlan Farhan Azwan
29 Nov 2021 02:30pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - Institut Pengajian Guru (IPG) masih kekal relevan dalam melahirkan guru yang berkualiti tinggi.

Demikian kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin semasa lawatannya ke IPG Kampus Kota Bharu bagi sesi perjumpaan bersama pelajar institusi berkenaan.

Katanya, bakal guru di IPG mempunyai peranan penting bukan saja membentuk ekosistem pendidikan malah membentuk generasi pewaris negara.

"Saya berharap anak-anak bakal guru KPM ini bakal menjadi seorang pendidik yang lengkap dalam aspek ilmu dan sahsiah diri dan seterusnya mampu menjadi peneraju kepada pengukuhan ekosistem pendidikan negara.

Datuk Radzi Jidin sempat meluangkan masa untuk bergambar bersama-sama sebahagian pelajar IPG cawangan Kampus Kota Bharu 

“Dan saya yakin, dengan tunjuk ajar yang baik, anak-anak didik IPG mampu lakukan yang terbaik untuk generasi pewaris negara,” katanya.

BACA JUGA: Radzi nafi keluar kenyataan guru boleh dihukum kerana berleter

BACA JUGA: KPM sambut baik saranan saringan Covid-19 murid sekolah rendah oleh KKM

Dalam pada itu, beliau turut membuat perkongsian tentang konsep #SekolahkuSEJAHTERA melalui laman rasmi Facebook beliau.

“Konsep ini menekankan kepada 14 elemen penting bertunjangkan aspirasi Kementerian Pendidikan (KPM) memupuk, membentuk dan membudayakan nilai-nilai penting kehidupan dalam kalangan generasi muda bermula daripada alam persekolahan.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

“Selain memberikan kata-kata semangat dan motivasi, saya sempat kongsikan mengenai cabaran serta perkembangan semasa sektor pendidikan negara, khususnya dalam mendepani pandemik COVID-19,” katanya.

Setakat ini, terdapat 27 IPG yang dipecahkan mengikut zon di seluruh Malaysia dengan jumlah pelajar keseluruhan seramai 26,152 orang. Daripada jumlah tersebut, kira-kira 62 peratus atau 16,252 tinggal di asrama.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok