kvkeningau-1
kvkeningau-1

Jasa Cikgu Lana mendidik pelajar berkeperluan khas terima pengiktirafan World Changer Award

Adlan Farhan Azwan
21 Oct 2022 05:07pm
A
A
A

Guru Pendidikan Khas, Kolej Vokasional (KV) Keningau, Sabah, Cikgu Lana Abondari dipilih sebagai pemenang World Changer Award bagi bulan Oktober 2022 anjuran Persatuan Pendidikan Khas Global, Special Education Network and Inclusion Association (SENIA) atas sumbangannya mendidik pelajar berkeperluan khas.

Cikgu Lana yang berumur 30 tahun ditugaskan untuk mendidik pelajar yang mengalami masalah pendengaran dan pembelajaran.

Menurut Pengarah KV Keningau, Johari @ Jaibet Sabin, Cikgu Lana telah berjaya melatih tiga orang pelajar berkeperluan khas untuk menyertai pertandingan Asian English Olympics pada tahun lalu dalam kategori penceritaan.

Mohd Aizat Izzudin Azme (kiri), Jackob Yoshua Jeffry (tengah) dan Asmalina Arturo Tabianan Junior (kanan) merupakan pelajar yang mewakili Malaysia di Asian English Olympics 2021.

“Kejayaan yang tidak pernah dicapai sebelum ini telah memecahkan satu lagi halangan bagi pelajar berkeperluan khas di rantau ini dan sekali gus membuktikan pelajar sebegini mampu bersaing dalam pertandingan yang sering kali dibuka untuk pelajar bukan kurang upaya.

“Cikgu Lana juga kerap mengadakan lawatan sambil belajar khusus untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas supaya dapat melawat tempat-tempat yang menarik di negeri Sabah yang membolehkan mereka merasai pengalaman dan pendedahan dengan dunia luar,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Johari berkata, guru-guru pendidikan khas di KV Keningau sangat berdedikasi untuk memberi pendidikan yang berkualiti dan peluang kepada para pelajar mereka untuk menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan.

“Malah, ramai pelajar berkeperluan khas KV Keningau telah berjaya merangkul kejayaan dalam pelbagai bidang seperti sukan, seni dan inovasi,” ujarnya.

Sebelum itu, KV Keningau turut melakar kejayaan yang sama menerusi salah seorang pelajarnya, Alexius Ignatius, 17, yang dipilih sebagai penerima Anugerah World Changer bagi bulan September 2022

Anak kelahiran Papar itu menjadi rakyat Malaysia pertama yang berjaya memenangi pingat emas dalam festival seni dalam talian anjuran Festival Bridges iaitu persatuan seni Eropah.

Bukan itu sahaja, Alexius juga menerima pingat emas di festival seni Ritmos Brasileiros 2022 pada Mei lalu hasil penceritaan animasi bertajuk Timbalun.

Artikel berkaitan

Membanggakan! Pelajar Berkeperluan Khas KV Keningau terima Anugerah World Changer

4 guru KV Keningau lakar kejayaan di Amerika Syarikat

"Tanpa mereka, mana mungkin saya dinobatkan sebagai penerima Guru Cemerlang Pendidikan Khas" - Cikgu Kumaresan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok