Kem Ukur 2022 beri peluang pelajar fahami kaedah Ukur Kejuruteraan cara mudah
Kem Ukur 2022 beri peluang pelajar fahami kaedah Ukur Kejuruteraan cara mudah

Kem Ukur 2022 beri peluang pelajar fahami kaedah Ukur Kejuruteraan cara mudah

Roshlawaty Md Raieh
19 Sep 2022 02:11pm
A
A
A

Kem Ukur 2022 yang disertai 63 pelajar program Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan (FKJ), Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan suatu medium efektif dalam mempraktikkan ilmu pengetahuan yang dipelajari semasa kuliah.

Pengarah Kem Ukur 2022, Sr Dr Asmawan Mohd Sarman berkata, program yang diadakan di Kundasang, Sabah itu bertujuan untuk memberikan gambaran awal yang lebih jelas tentang situasi yang akan dihadapi dalam industri kelak.

“Pemilihan Kundasang sebagai lokasi program adalah sangat bersesuaian kerana kawasan ini mempunyai rupa bentuk muka bumi yang pelbagai dan dapat memberikan pendedahan kepada pelajar tentang kaedah Ukur Kejuruteraan di lapangan yang sebenar.

“Program ini juga dapat melahirkan bakal jurutera serba boleh dan berkeyakinan untuk memenuhi keperluan semasa industri,” ujarnya.

Sementara itu, peserta Kem Ukur 2022, Ruzaithy Azhnie Justi berkata, pengisian program tersebut memberi banyak manfaat dan pengalaman berharga kepada semua pelajar Kejuruteraan Awam.

“Peluang mengaplikasikan ilmu Ukur Kejuruteraan secara amali di lapangan merupakan satu kelebihan kepada kami agar lebih bersedia sebelum melangkah masuk ke alam pekerjaan.

“Selain itu, kami juga mendapat pendedahan kepada perisian ukur untuk menganalisis data secara digital.

“Dalam masa sama, program ini turut menguji kemahiran seperti pemikiran kritikal dan kebolehan bekerja dalam kumpulan yang secara tidak langsung dapat mengatasi segala cabaran dan halangan ketika menyelesaikan tugasan dalam tempoh ditetapkan,” jelasnya.

Diharapkan Kem Ukur 2022 dapat diteruskan lagi pada sesi akan datang dalam meningkatkan kadar kebolehpasaran bakal graduan FKJ UMS.

Artikel berkaitan 

Rezeki UMS, rangkul 2 anugerah pada majlis AKRI 2022 

HUMS beri latihan Terapi Tingkah Laku Dialektikal kepada 30 guru di Kudat

Inovasi guru dan murid SK Bandar Baru berjaya raih pelbagai anugerah peringkat antarabangsa


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok