Rezeki UMS, rangkul 2 anugerah pada majlis AKRI 2022 
Rezeki UMS, rangkul 2 anugerah pada majlis AKRI 2022 

Rezeki UMS, rangkul 2 anugerah pada majlis AKRI 2022 

Roshlawaty Md Raieh
16 Sep 2022 11:43pm
A
A
A

Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus menunjukkan pencapaian cemerlang apabila meraih dua anugerah pada majlis Anugerah Khas Menteri Pengajian Tinggi: Rekabentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2022, baru-baru ini.

Anugerah pertama diperoleh menerusi Timbalan Pengarah Pusat Kerjaya dan Pembangunan Keusahawanan (PKPKP) UMS, Dr Nur Thara Atikah Zainal dengan inovasi pengajaran bertajuk PEERS: The Digital Siswapreneurship Learning Process.

Beliau yang juga Pensyarah Kanan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) dinobatkan sebagai johan bagi peserta individu kategori Pengajaran Transformatif sekali gus membawa pulang hadiah wang bernilai RM10,000.

Pencapaian membanggakan itu terus disemarakkan dengan sebuah lagi kemenangan yang diperoleh melalui penyertaan berkumpulan diketuai Profesor Madya Ts Dr Kamaruddin Abd Hamid dari Fakulti Kejuruteraan UMS.

Dengan tajuk Blended-Cooperative Learning Environment for Immersive Learning Experiences in Process Simulation Course, kumpulan tersebut yang turut dianggotai Profesor Madya Dr Sivakumar Kumaresan dan Dr Mariani Rajin muncul Naib Johan dalam kategori Pembelajaran Imersif (Teradun) dan menerima hadiah bernilai RM5,000.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMS, Profesor Dr Rasid Mail dan Pengarah Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Akademik (PPKA) UMS, Dr Denis Andrew D Lajium.

Sebelum ini, AKRI diperkenalkan sejak tahun 2017 bagi mengiktiraf inisiatif pengajaran dan pembelajaran yang inovatif di peringkat institusi pengajian tinggi dan peserta individu.

Pada tahun ini, sebanyak 220 penyertaan telah diterima merangkumi empat kategori yang dipertandingkan.

Artikel berkaitan 

Penyelidik UMS bangunkan aplikasi tempahan makanan kantin sekolah

Knowledge Hub pertama di Malaysia sediakan lebih 12 juta koleksi bahan ilmiah

Inovasi produk kesihatan dan kecantikan berasaskan herba berjaya dihasilkan oleh penyelidik UMS


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok