WhatsApp Image 2022-02-09 at 9.41.57 AM (1)
WhatsApp Image 2022-02-09 at 9.41.57 AM (1)

Kerjasama BJIM USM dan TERAJU perkasakan produk gula apong

Adlan Farhan Azwan
09 Feb 2022 05:12pm
A
A
A

GELUGOR - Melihat akan keistimewaan semulajadi gula apong dan potensi daya saing dalam ekonomi, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM), Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama TERAJU di bawah Jabatan Perdana Menteri telah memperkenalkan inisiatif program SMART Community.

Program SMART Community merupakan inisiatif bagi membantu dan memperkasakan komuniti kampung yang mengusahakan pengeluaran gula apong melalui pemindahan ilmu, teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D), bimbingan dan penambahbaikan secara inklusif.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan USM, walaupun program ini diterajui oleh kumpulan dari latar belakang akademik, kayu ukur yang dibawa terhadap kejayaan projek ini adalah melalui janaan ekonomi yang dapat dicapai dan bukan sekadar kajian ilmiah dan kertas kerja semata-mata.

Baca juga

Cikgu Ahmad Azharulzaman terkejut! Tidak sangka inovasi ‘Mr POS Family’ terpilih untuk pembentangan di Azerbaijan

WAU Rocketry USM sedia jadi pencabar utama di Piala Spaceport America 2022

“Inisiatif berhasil apabila produk-produk gula apong telah berjaya dikomersialkan dan dieksport ke Arab Saudi melalui kerjasama rakan kongsi pemain industri bagi projek ini iaitu Husam Waksa Sdn Bhd dan turut dipasarkan ke pasaraya Kedai Asia yang terletak di Jeddah, Arab Saudi.

Pasaraya Kedai Asia yang menjadi tempat pasaran bagi produk gula apong.

“Selain itu gula apong yang dihasilkan menerusi program ini juga telah dieksport ke Jepun, China dan Amerika Syarikat melalui rakan kerja strategik di bawah program SMART Community ini,” jelasnya dalam kenyataan itu.

Ketua Program SMART Community, Syed Yusof Syed Kecik berkata, berdasarkan rentak perjalanan semasa, mereka menjangkakan sebanyak RM 1.2 juta nilai eksport dapat dijana pada tahun 2023 melalui pengeksportan gula apong yang telah ditambah baik dan dikomersialkan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Melalui program ini, ia seterusnya dapat memberikan pulangan yang baik kepada komuniti di Sarawak dan seterusnya memanfaatkan sektor ekonomi yang lain terutama industri pelancongan.

“Industri gula apong dilihat akan berkembang bukan saja di pasaran tempatan dan Arab Saudi, malah ke pasaran-pasaran lain dan ini menjadi titik tolak kepada produk-produk lain hasil pribumi yang dahulunya dilihat sebagai industri kampung agar dapat diperkembangkan potensinya dalam menjana potensi ekonomi negara,” jelas beliau

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok