KKKP Penganjur 3
KKKP Penganjur 3

Kolej Kediaman Kampus Pagoh UTHM diiktiraf penganjur kempen derma darah kutipan tertinggi

Norliza Wasilan
24 Aug 2022 02:16pm
A
A
A

Sempena sambutan Hari Penderma Darah 2022, Kolej Kediaman Kampus Pagoh, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) diberi pengiktirafan sebagai penganjur kempen derma darah dengan kutipan tertinggi.

Pengiktirafan ini diterima pada Majlis Apresiasi Kepada Penderma Darah dan Penganjur Kempen Derma Darah sempena Sambutan Hari Penderma Darah di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar (HPSF), Johor, baru-baru ini.

Majlis berkenaan diadakan bagi meraikan dan menghargai penganjur dan penderma darah yang digelar sebagai #muarbloodwarriors.

Timbalan Pengetua 1 kolej kediaman berkenaan, Dr Mohd Faisal Hushim berkata, mereka bekerjasama dengan Unit Perubatan Transfusi HPSF bagi menganjurkan program derma darah di kawasan kolej itu.

Ujarnya, berpegang kepada semangat ‘satu beg darah mampu menyelamatkan tiga nyawa’, pihaknya sentiasa aktif melaksanakan program seumpama itu untuk membantu pihak yang memerlukan.

“Tahun ini, sebanyak lapan program derma darah telah dijalankan dengan hampir 50 beg darah berjaya dikumpul setiap kali dianjurkan.

“Bagi menjamin stok bekalan darah, kami komited untuk meneruskan usaha ini dengan menjalankan program derma darah secara berkala.

“Berikutan pengiktirafan ini, ia dianggap sebagai memberi semangat untuk terus menjadi tunjang utama bagi memastikan kestabilan stok darah dalam keadaan yang baik,” ujarnya.

Beliau juga memaklumkan bahawa pihaknya menyasarkan 50 peratus penderma dalam kalangan penghuni kolej kediaman itu menjadi penderma darah tetap atau berulang.

Artikel berkaitan 

UTHM lahir usahawan IKS, tembusi pasaran global

UTHM rai alumni antarabangsa dan bakal pelajar di Batam

Pelajar dan alumni UniSZA pasarkan Melon Manis Terengganu di MAHA 2022


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok