melon sembang
melon sembang

Pelajar dan alumni UniSZA pasarkan Melon Manis Terengganu di MAHA 2022

Norliza Wasilan
15 Aug 2022 02:52pm
A
A
A

Sepuluh peserta terdiri daripada pelajar dan alumni Program Inkubasi Usahawan Melon Hibrid UniSZA - Agro Bank berpeluang memasarkan Melon Manis Terengganu di MAHA 2022, baru-baru ini.

Peserta dan alumni daripada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu juga disediakan platform perniagaan iaitu tapak jualan di ruang legar Agro Youth sebagai Agropreneur of the Day.

Platform itu disediakan oleh Agro Bank untuk membantu mempromosikan Melon Manis Terengganu yang diusahakan di Ladang Taman Agropreneur UniSZA Kampus Besut.

Ketua Projek merangkap Pengarah Pusat Penjanaan, Pelaburan dan Jaringan Industri (P4P), Profesor Madya Dr Fakhrul Anwar Zainol bersama dua lagi peserta iaitu Norzilawati Pauzi dan Maizatul Akma Suhaimi telah dijemput oleh bank berkenaan bagi tujuan itu.

Mereka juga memberi pendedahan kepada pengunjung yang menghadiri MAHA 2022 mengenai program inkubator pertanian yang dijalankan UniSZA menerusi Segmen Sembang Kopi O bagi berkongsi pengalaman dan potensi penanaman buah itu.

UniSZA dalam laman facebook rasminya turut menyatakan Agro Bank melalui Agro Bank Centre of Exellance (ACE) telah menjalin kerjasama dengan universiti itu menerusi P4P untuk menganjurkan Program Inkubasi Usahawan Melon Hibrid.

Menerusi kerjasama itu juga, satu Program Inkubasi Melon Hibrid diwujudkan bagi melahirkan usahawan tani atau agropreneur dalam kalangan graduan dan alumni UniSZA.

Program berkenaan mengambil masa selama enam bulan bermula 12 Mei lalu membabitkan penyertaan seramai sepuluh orang.

Mereka telah diberi tanggungjawab untuk mengusahakan penanaman itu di UniSZA Kampus Besut.

Artikel berkaitan

AKPK dan UniSZA jalin kerjasama program penempatan industri secara maya

Penyelidik UMP berjaya hasilkan sisa nanas alternatif medium penanaman cendawan

Kejayaan peserta hasil 300 bongkah cendawan buat ramai kagum


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok