HomeBuletinKPT terus pantau pelajar Malaysia terlibat banjir di Queensland, Australia

Artikel Berkaitan

KPT terus pantau pelajar Malaysia terlibat banjir di Queensland, Australia

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Education Malaysia Australia (EMA) mengambil tindakan segera dengan melaksanakan koordinasi bersama-sama agensi-agensi lain bagi menyelaras urusan perpindahan dan kebajikan pelajar-pelajar yang terlibat dengan banjir di Queensland, Australia.

Antara agensi yang terlibat ialah Pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA) Australia, Pejabat Pendidikan dan Latihan (PPL) New Zealand, Pejabat Malawakil Canberra, wakil penaja (Petronas dan Kementerian Pendidikan Malaysia) serta Persatuan Pelajar Malaysia MASCA National & MASCA Queensland.

Baca juga

Banjir: 708 calon tangguh SPM, dijadualkan pada sidang kedua April depan

(VIDEO) Tidak putus asa! Banjir bukan alasan, pelajar tetap bersemangat hadapi SPM 2021

Menurut KPT, sehingga kini, kesemua pelajar yang terjejas teruk akibat banjir telah dipindahkan di pusat pemindahan sementara melalui bantuan pihak berkuasa tempatan, pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia berstatus penduduk tetap (PR) yang tinggal di Queensland.

“Pihak EMA melalui wakil pelajar juga telah menasihatkan pelajar-pelajar lain yang terjejas supaya berpindah ke pusat pemindahan sementara memandangkan terdapat kemungkinan bekalan elektrik dan air akan diputuskan.

“la juga bagi memudahkan pemantauan dan koordinasi oleh pihak berkuasa dan Malawakil,” jelasnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman rasmi Facebook KPT, semalam.

Dalam pada itu, KPT juga memaklumkan keadaan pelajar-pelajar yang terlibat adalah selamat buat masa sekarang dan pihak EMA sedang memantau situasi tersebut dari semasa ke semasa.

“Pelajar-pelajar juga diingatkan supaya sentiasa peka dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ujar KPT lagi, pihaknya sentiasa berhubung dengan EMA dan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai situasi semasa dan tindakan lanjut yang perlu diambil.

Jika para pelajar atau ibu bapa yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai perkara tersebut supaya menghubungi EMA di talian +61 484 570 400 (Encik Muhammad Afiq) atau +61 420 201 781 (Puan Kartini) atau Bilik Gerakan KPT di talian 03-8870 6777/6949/6623/6628.

Artikel Terkini