TikTok Pelajar Banjir
TikTok Pelajar Banjir

(VIDEO) Tidak putus asa! Banjir bukan alasan, pelajar tetap bersemangat hadapi SPM 2021

Adlan Farhan Azwan
01 Mar 2022 04:14pm
A
A
A

Banjir yang berlaku di Terengganu dan Kelantan baru-baru ini telah menjejaskan beberapa sekolah di negeri itu.

Lebih menyayat hati apabila kejadian banjir turut memberi kesan terhadap persiapan menjelang Sijil Peperiksaan Malaysia yang dijadualkan bermula pada 2 Mac 2022.

Namun, ia tidak menjadi satu alasan buat beberapa calon SPM 2021 di negeri yang terjejas banjir untuk terus menimba ilmu di saat-saat akhir sebagai persiapan menghadapi peperiksaan.

Baca juga

(VIDEO) Sekolah runtuh akibat gempa bumi, murid dan guru sempat selamatkan diri

(VIDEO) “10A buat Bella dan Tasha”, angkasawan negara kongsi rahsia kecemerlangan anak

Tular di laman TikTok apabila sebuah video yang dimuat naik oleh @mad_eddy yang menunjukkan sekumpulan pelajar sanggup menghadiri kelas walaupun dilanda banjir untuk melakukan persiapan terakhir.

Di dalam video tersebut, kelihatan seorang tenaga pengajar sedang mengajar sekumpulan murid di dalam kelas yang dinaiki air mencecah lebih daripada paras lutut.

Video tersebut yang kini telah meraih hampir 400,000 jumlah tontonan dan 40,000 tanda suka juga mendapat perhatian pengguna laman itu dengan memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar segala urusan mereka yang terlibat dipermudahkan.

@syaanadiaa.__: Tetaplah berjuang untuk belajar walaupun dalam air, semoga berjaya untuk SPM

@ sapewsapewje:InsyaALLAH dengan asbab kesungguhan abang menuntut ilmu walaupun dalam keadaan banjir, Insya-ALLAH ini yang akan membuatkan abang memperoleh kejayaan. Amin.

@ira_0411: Semoga dapat keputusan yang cemerlang. Ada hikmah di sebalik ini tetapi tetap rajin berusaha.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Sinar Bestari ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar yang bakal menghadapi SPM 2021. Semoga segala penat lelah menimba ilmu akan menghasilkan kejayaan pada masa akan datang.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan