Kumpulan penyelidik bangunkan modul latihan dan kit alat (toolkit) hingga menjadi rujukan industri makanan. Kagum!
Kumpulan penyelidik bangunkan modul latihan dan kit alat (toolkit) hingga menjadi rujukan industri makanan. Kagum!

Kumpulan penyelidik bangunkan modul latihan dan toolkit hingga menjadi rujukan industri makanan. Kagum!

Roshlawaty Md Raieh
25 Nov 2022 09:28am
A
A
A

Sekumpulan penyelidik melahirkan rasa gembira apabila modul latihan dan kit alat (toolkit) pengurangan garam mereka telah menjadi rujukan pihak industri makanan.

Kegembiraan tersebut dikongsi oleh Pro Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Kampus Kuala Lumpur, Profesor Datuk Dr Hanafiah Harunarashid menerusi Majlis Pelancaran Toolkit Reformulasi Sos Soya dan Modul Latihan Pengurangan Garam Dalam Kalangan Industri Makanan, Pengusaha Katering dan Vendor, baru-baru ini.

Menurut beliau, penghasilan modul latihan dan toolkit pengurangan garam itu adalah tepat ketika rakyat Malaysia berhadapan dengan penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti darah tinggi dan diabetis.

“Berdasarkan data statistik NCD, penyakit kardiovaskular merupakan penyebab kematian utama di negara ini.

“Bukan Malaysia sahaja mencatatkan jumlah NCD yang tinggi, tetapi sebanyak 71 peratus iaitu kira-kira 57 juta kematian di seluruh dunia adalah berpunca daripada penyakit NCD,” ujarnya.

Sementara itu, sebagai sebuah universiti yang berstatus universiti penyelidikan, UKM sentiasa menyokong penuh projek gegar gamat yang memberi impak positif kepada masyarakat umum.

“Penghasilan modul pengurangan garam ini adalah seiring dengan visi dan misi UKM sebagai sebuah Universiti Watan yang sentiasa peka kepada perkembangan semasa dan menggalas amanah untuk memastikan kesejahteraan masyarakat di Malaysia,” jelas Hanafiah.

Penyelidikan ini telah dilakukan oleh Pasukan Penyelidik Newton Fund Impact Scheme dan Resolve for Life yang terdiri daripada penyelidik Pusat Penuaan Sihat dan Kesejahteraan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM dan beberapa rakan kolaborasi daripada Bahagian Penyakit Berjangkit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Universiti Malaya (UM), Sunway University, Universiti Putra Malaysia (UPM), Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta Queen Mary University of London.

Artikel berkaitan 

Pusat Pembelajaran UKM bantu komuniti yang ingin sambung pengajian dan tingkatkan kemahiran

Saintis UKM cipta formulasi gel, bantu golongan disfagia menelan ubat-ubatan dengan baik

Berjaya kumpul RM21,570 untuk projek khidmat masyarakat, usaha keras 7 pelajar master UKM dipuji ramai


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok