a51a729d-aa3f-4417-8084-c2cb5c882917
a51a729d-aa3f-4417-8084-c2cb5c882917

Bakat luar biasa 25 pelajar buat warga sekolah bangga!

Roshlawaty Md Raieh
11 Feb 2022 04:41pm
A
A
A

Bakat terpendam 25 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 9 (2) dalam penulisan cerpen akhirnya membawa tuah apabila karya mereka terpilih untuk dimuatkan dalam Antologi Cerpen - Euforia Seorang Gadis.

Karya pelajar yang terdiri Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima itu mendapat pujian ramai malah warga sekolah cukup bangga dengan kreativiti yang ada pada pelajarnya itu.

Seorang guru yang berpengalaman dalam bidang penulisan iaitu Cikgu Zainon Sadali berkata, semua karya terlebih dahulu dikumpul dan disunting oleh beliau sendiri.

“Saya telah meneliti satu persatu karya mereka. Ada yang dipulangkan kepada pelajar untuk diolah semula dan ada juga yang digugurkan kerana tidak sesuai untuk dikongsikan.

“Walaubagaimanapun, kesemua cerpen pelajar-pelajar ini akhirnya berjaya menepati apa yang kita mahukan dan inilah hasilnya,” katanya kepada Sinar Bestari.

Selain 25 pelajar, turut menyumbang cerpen dalam antologi tersebut adalah lima orang guru iaitu Cikgu Norina Mohd Nor, Cikgu Nurafidah Mohd Khalid, Cikgu Raba'ah Abas @ Zahari, Cikgu Syafini Ismail dan Cikgu Zainon.

Manakala, seorang Penulis Tamu iaitu Ketua Penolong Pengarah, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Putrajaya, Padli Saed turut tidak ketinggalan menyumbang karyanya dalam antologi yang merupakan hasil kolaboratif Pusat Sumber Az-Zarnuji dan Persatuan Bahasa Melayu.

Padli

Sementara itu, idea untuk menerbitkan antologi berkenaan datangnya daripada Guru Perpustakaan Media (GPM) Ikon Putrajaya 2021, Cikgu Nurafidah.

“Saya melihat bahawa bakat pelajar perlu dikembangkan sebaik mungkin jika mereka boleh menulis dengan baik.

“Justeru, saya mengusulkan kepada pihak sekolah untuk mencari pelajar yang boleh menulis dan seterusnya memuatkan karya ke dalam sebuah antologi.

“Alhamdullilah, idea ini mendapat izin dan sokongan sepenuhnya daripada para pentadbir dan juga seluruh warga sekolah,” ujarnya dengan memberitahu SMK Putrajaya Presint 9 (2) merupakan salah sebuah sekolah yang mendapat pengiktirafan International Baccalaureate World School di Malaysia.

Cikgu Nurafidah berkata, 25 pelajar berkenaan terlebih dahulu mengikuti sesi bimbingan penulisan cerpen yang bermula akhir Mac 2021 sehingga akhir Jun tahun yang sama.

“Mereka mengikuti Bengkel Penulisan bersama GPM Ikon Negeri Perak, Cikgu Junainah Abdul Jalel dan juga turut mendapat bimbingan guru-guru Bahasa Melayu secara bersemuka dan juga melalui dalam talian,” jelasnya dengan menambah, tema pilihan kebanyakan pengkarya muda ini berkisarkan pengalaman sendiri dan kisah di persekitaran hidup mereka.

Sesungguhnya, antologi ini merupakan satu kejayaan penuh makna kepada SMK Putrajaya Presint 9(2) kerana ia merupakan Antologi Cerpen yang pertama terhasil gabungan karya pelajar dan guru-guru daripada sebuah Sekolah Menengah di Malaysia.

Secara tidak langsung, kewujudan Antologi Euforia Seorang Gadis ini adalah satu anjakan paradigma dalam penghasilan karya penulisan kreatif di negara kita.

INFO

Senarai nama pengkarya muda

1) Adelina Naufal Adeli

2) Afrina Wafiqah Baraim

3) Aina Salsabela Ja’afar

4) Arifatun Aqilah Hishamuddin

5) Farah Aliya Mohd Khairulnizam

6) Farah Aisha Mohammad Shahril

7) Fathien Ajlaa Yusriza

8) Kamalin Mastura Ahmad Damya

9) Mohamad Hafid Ikram Nozaizeli

10) Muhammad As-Siddeq Halim Noor

11) Muhamad Ikmal Danial Azman

12) Najah Sumayyah Muhamad Shahmi

13) Nor Iezra Nordin

14) Normarsya Alani Norkhairi

15) Nur ‘Afifah Fauziana Mazlin

16) Nur Aleeya Natasya Haris

17) Nur Erma Nadirah Ezani

18) Nurin Hannani Mohd Nazari

19) Nur Qasrina Hazirah Abdul Hamid

20) Nurhafiza Syuhada Ilham

21) Nurul Atiqah Eliana Nur Muhamad Firdaus

22) Nurul Farini Abdul Karim

23) Nurul Fatin Farhana Mohd Firdaus

24) Sabrina Nurul Iman Shamsul Azri

25) Zuyyin Faidzul

Artikel berkaitan 

Bagaimana puting beliung boleh berlaku? Ini faktor yang perlu guru dan pelajar tahu!

“Pertama kali lihat lukisan Ilham, saya sangat terkejut. Tak sangka dia dapat hasilkan karya sebegini” 

8 tip penjagaan buku, Pustaka Raja Tun Uda Shah Alam 


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok