FA527692-45EE-496A-AB80-1E3C4A0AA9A4
FA527692-45EE-496A-AB80-1E3C4A0AA9A4

Minat sambung diploma di IPTS, mohon segera wang pendahuluan PTPTN

Rasyidah Zulkifi
08 Mar 2022 06:14pm
A
A
A

Walaupun peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (2021) masih berlangsung, guru-guru sudah mula mengajak pelajar membuat permohonan bagi kemasukan ke peringkat pengajian tinggi (IPT).

Secara umumnya, mereka boleh memilih sama ada ingin belajar di IPT awam atau swasta.

Baca juga 

Tip langsai hutang PTPTN dalam masa singkat, graduan boleh cuba cara ini

Dana pendidikan RM1 juta, PTPTN umum pemenang peraduan

Bagi pelajar B40 yang ingin menyambung pengajian, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menggalakkan mereka untuk mendapatkan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP).

Namun begitu, masih ramai lagi yang tidak mengetahui cara yang betul bagi mendapatkan WPP itu.

Pada entri kali ini, Sinar Bestari ingin menerangkan tutorial pinjaman pendahuluan tersebut mengikut tertib.

Mula-mula, pelajar perlu log masuk di halaman utama PTPTN melalui pautan https://www.ptptn.gov.my/ionline/#/login menggunakan nombor kad pengenalan serta kata laluan sedia ada.

Kemudian, link tersebut akan membawa pemohon pada paparan senarai pendaftaran di mana mereka perlu klik pada butang menu ‘Perkhidmatan Lain’ untuk memohon WPP.

Seterusnya, pada Paparan Perkhidmatan Lain pelajar boleh klik pada butang berwarna merah yang bertulis Permohonan Wang Pendahuluan Pinjaman bagi Pelajar Diploma B40 IPTS.

Setelah itu, Maklumat Peribadi dan Maklumat Pengajian akan dipaparkan mengikut permintaan yang telah dihantar.

Pemohon perlu menekan butang Seterusnya, tandakan (√) pada kotak kosong dan klik Ya bagi mengesahkan permohonan.

 

Makluman pengesahan berjaya dihantar akan dipaparkan setelah butang itu ditekan.

Akhir sekali, pelajar perlu mencetak borang permohonan dan menyimpannya sebagai salinan.

Perhatikan empat kemungkinan ini ketika calon melengkapkan borang WPP;

1. Permohonan terdahulu masih diproses. Anda tidak dibenarkan membuat permohonan baru.

2. Anda tidak layak memohon Wang Pendahuluan Pinjaman bagi Pelajar Diploma B40 IPTS.

3. Tiada kemudahan Wang Pendahuluan Pinjaman bagi Pelajar Diploma B40 IPTS.

4. Permohonan tidak dibenarkan kerana diluar tarikh yang ditetapkan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Sekiranya permohonan berjaya, WPP boleh ditunaikan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh surat tawaran WPP di mana-mana kaunter Bank Islam.

Contohnya, pemohon mendapat tawaran pada 27 Ogos 2022, maka, sah lakunya sehingga 27 Oktober 2022.

Sinar Bestari berharap pelajar lepasan SPM bersemangat ingin menyambung pengajian tinggi.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok