WhatsApp Image 2022-12-19 at 6.15.40 PM
WhatsApp Image 2022-12-19 at 6.15.40 PM

Mohamad Kadim dilantik semula Naib Canselor UNIMAS

Adlan Farhan Azwan
19 Dec 2022 06:19pm
A
A
A

Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dilantik semula sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bagi tempoh setahun berkuat kuasa 15 Disember lalu.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), dalam satu kenyataan baru-baru ini memaklumkan, Mohamad Kadim memiliki pengalaman pentadbiran yang luas, kualiti kepimpinan dan pemikiran strategik yang dilihat dapat merapatkan kesenjangan ekosistem pendidikan tinggi di Sarawak.

“Beliau juga telah mempamerkan kemampuan untuk membentuk jaringan hubungan kerja yang harmoni dengan semua pemegang taruh terutamanya kerajaan negeri.

“Kementerian yakin dengan pelantikan semula Mohamad Kadim dapat meneruskan kesinambungan perancangan yang telah dirancang untuk UNIMAS dalam memperkukuh dan mempertingkat tadbir urus sektor pendidikan tinggi berasaskan pengetahuan dan inovasi,” menurut kenyataan itu.

Mohamad Kadim merupakan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Fizik Gunaan dan Elektronik di Portsmouth University, United Kingdom sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Sains Fizik Pepejal di universiti yang sama.

Beliau kemudian memperoleh Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam Optoelektronik dari Loughborough University of Technology, United Kingdom.

Mohamad Kadim memulakan kerjaya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 1984 sebelum bertukar ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 1994.

Beliau berkhidmat hampir 10 tahun di UNIMAS sebagai Penyelaras Program Kejuruteraan Elektronik dan Telekomunikasi, menjadi Timbalan Dekan sejak 1998 serta Dekan Fakulti Kejuruteraan bermula 1999.

Hasil dedikasi dan sumbangan besar beliau dalam bidang akademik dan pentadbiran universiti, Mohamad Kadim telah dianugerahkan Pingat Perkhidmatan Bakti (PBB) pada tahun 1999 dan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) pada 2010.

Pada 16 April 2013, Mohamad Kadim dilantik sebagai Naib Canselor UNIMAS yang keenam.

Artikel berkaitan

Penyelidik UKM dan UNIMAS hasilkan sistem penskoran madu kelulut UKSF

Ranking UPSI semakin bagus, Naib Canselor kongsi apa yang mereka lakukan

UUM kekal tersenarai dalam QS Global MBA Rangkings 2023


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok