IMG_8871
IMG_8871

Pameran Fotomedia RevampXpose, kebangkitan semula pelajar dalam musim pandemik Covid-19

Adlan Farhan Azwan
21 Feb 2022 01:07pm
A
A
A

Kuala Lumpur - Pameran fotografi RevampXpose anjuran pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Fotomedia Kreatif, Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam, mempamerkan kebangkitan semula dalam musim pandemik Covid-19.

Penyelaras Jabatan Fotomedia Kreatif, Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM, Andrialis Abdul Rahman berkata, tajuk ini menggambarkan tentang kebangkitan semula industri fotografi dalam kalangan pelajar setelah hampir dua tahun berdepan dengan kekangan kerana wabak Covid-19.

Baca juga

UiTM anjur program Masscom Interactive Futuristic Activities, bantu kurangkan tekanan pelajar selepas sekian lama ikuti PdPR

“Tiada lagi gelaran budak AD”, FSSR UiTM kini dikenali sebagai KPSK

Barisan pelajar Tahun Akhir Ijazah Sarjana Muda Fotomedia Kreatif, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Puncak Alam.

“Program ini dilaksanakan bagi memenuhi keperluan subjek CPM 665 iaitu subjek Seminar: Photography Trends and Event Management di bawah penyeliaan Ketua Unit Penjenamaan dan Media Strategi, Ts Nik Nor Azidah Nik Aziz.

“Subjek ini memerlukan pelajar-pelajar semester enam untuk menjadi kreatif, bijak dan bertanggungjawab dalam melaksanakan serta menguruskan sebuah pameran akhir dengan bantuan pensyarah,” katanya ketika program RevampXpose yang diadakan di Whitebox, Publika, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir, Penolong Naib Canselor, Kolej Pengajian Seni Kreatif, Profesor Dr Zaini Abdullah yang merasmikan Pameran Fotomedia RevampXpose.

Zaini berkata, beberapa tahun kebelakangan ini, sesi pembelajaran dijalankan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan ia mencabar keterampilan sesi pembelajaran di dalam bidang imejan khususnya fotomedia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Pameran pada hari ini adalah manifestasi dedikasi pelajar serta pensyarah di dalam menunjukkan satu ledakan revolusi dunia fotomedia kesan daripada pandemik Covid-19.

“Dengan pembangunan dunia digital yang pesat, saya berharap bakal graduan mampu memberikan saingan yang hebat kepada industri melalui ekonomi GIG, dengan implementasi Revolusi Industri 4.0 serta penghayatan etika di dalam Society 5.0 tanpa perlu kompromi identiti kendiri.

Beliau juga sempat memberi nasihat kepada para pelajar supaya menerokai dunia seni sebagai jurugambar, jurnalis foto, atau di dalam bidang editorial; secara sepenuh atau separuh masa dengan penuh beretika, rendah hati, cekal dan tidak mudah berputus asa.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok