IMG-20220809-WA0021
IMG-20220809-WA0021

Pelajar FHPK UMK juara Taiwanese Halal Food and Plant Base Meat Cooking Contest

Norliza Wasilan
10 Aug 2022 09:04am
A
A
A

 

Pelajar Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan (FHPK), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengharumkan nama universiti itu apabila muncul juara pada pertandingan Taiwanese Halal Food & Plant Base Meat Cooking Contest pada Ahad.

Pelajar berkenaan, Maxlan Edrien Maron dan Mohammad Firdaus Buraera dari Pasukan Bujang Lapok membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, peralatan memasak dan pisau titanium berkualiti tinggi tajaan Plus Perfect.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMK, Profesor Dr Nik Maheran Nik Muhammad, pihaknnya cukup berbangga dengan pencapaian pelajar berkenaan dalam menghasilkan idea sehingga melayakkan mereka menjuarai pertandingan itu.

“Program sebegini secara tidak langsung menyerlahkan bakat pelajar untuk lebih kreatif dan berani dalam melakukan suatu transformasi dalam mengangkat nama UMK ke persada antarabangsa.

“Untuk pertandingan ini pula, sebanyak 11 produk daripada sembilan jenama dari Taiwan diterbangkan khas,” katanya.

Pada majlis tersebut, pemenang menerima hadiah daripada Pengarah Bahagian Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, James Chang.

Turut hadir, Pengarah Seksyen Halal, Makanan, Minuman dan Agro Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Remee Yaacub; Professor Adjung FHPK selaku Ketua Juri, Cef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Cef Jo; dan Dekan FHPK, Dr Roslizawati Che Aziz.

Mengulas lanjut, Dr Nik Maheran berkata, UMK melalui FHPK telah dipilih menjadi rakan kerjasama Taiwan Expo 2022 di Malaysia bagi program Taiwanese Halal Food & Plant-Based Meat Cooking Contest.

Selain itu, Dr Nik Maheran turut menyatakan harapannya untuk menjalin kerjasama dengan agensi yang terbabit dalam penganjuran acara itu pada masa hadapan.

Sementara itu, pensyarah FHPK UMK, Abdullah Muhamed Yusoff yang juga hakim pertandingan memberitahu, menerusi pertandingan itu, ia secara tidak langsung dapat menjadikan penuntut lebih kreatif dalam mencari idea.

“Ini adalah platform bagi mereka yang mengambil bahagian mencipta sesuatu yang menarik dalam penyediaan makanan bertemakan daging berasaskan tumbuhan,” katanya.

Artikel berkaitan

UMK perkenal Menu Food Basket Siswa Keluarga Malaysia berharga RM3.50

UMK agih 300 pek daging korban kepada kakitangan B40

UMK komersialkan produk berasaskan kunyit hitam


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok