1687383
1687383

UMK komersialkan produk berasaskan kunyit hitam

Adlan Farhan Azwan
09 May 2022 01:40pm
A
A
A

KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) melalui Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) giat membangunkan Projek Perintis Ladang Agroforestry berkaitan produk kesihatan berasaskan kunyit hitam untuk dikomersialkan.

Menurut Ketua Projek Perintis Ladang Agroforestry UMK, Pensyarah Kanan FBKT, Profesor Madya Dr Wan Mohd Faizal Wan Ishak, projek itu dilakukan dengan hasil kerjasama bersama pasukan penyelidik dari Syarikat Magical Wisdom Sdn Bhd di bawah bimbingan Dr Fung Fwei Chong.

Beliau menyedari potensi besar tumbuhan herba itu. Jadi, pihak UMK dan Magical Wisdom telah mengusahakan sebanyak 200,000 anak benih kunyit hitam yang ditanam secara organik tanpa menggunakan baja kimia.

“Setiap pokok dirawat dengan agen kawalan bakteria bagi mengawal anak pokok daripada serangan kulat, serangga dan ulat daun serta sebagai agen pembajaan biologi bagi memastikan anak-anak pokok kekal sihat, menerima mineral yang diperlukan serta mempercepatkan pertumbuhan.

“Selain itu, tanah yang digunakan juga dirawat dengan agen bioremediasi supaya bebas daripada racun kimia hidrokarbon dan logam berat,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Mohd Faizal berkata, kunyit hitam mempunyai kandungan dua bahan aktif bioflavonoid serta methoxyflavones yang sangat tinggi, dan kedua-dua bahan ini sangat diperlukan oleh

badan manusia untuk memperbaiki sistem tubuh selain mempunyai kesan pemulihan yang

cepat.

“Antaranya dapat meningkatkan metabolisma sel badan, anti kanser, pengenduran saluran darah, perlindungan jantung, peningkatan aktiviti seksual, perlindungan saraf, anti alahan dan anti bakteria.

“Tidak hairan jika kunyit hitam ini diberikan jolokan viagra semula jadi kerana kandungan bahan aktif yang terdapat pada kunyit hitam ini tidak terdapat pada halia lain dan sekiranya ada pada makanan atau herba lain kemungkinan jumlahnya adalah terhad serta agak kecil.

“Tumbuhan kunyit hitam di Malaysia agak sukar diperoleh menjadikan pokok itu tidak begitu popular seperti tanaman herba lain kerana berasal dari Thailand dan Kemboja serta lazimnya diimport dari luar negara seperti Thailand, Taiwan dan India,” ujarnya.

Beliau berkata, harga kunyit hitam agak mahal dan mampu mencecah RM500 sehingga RM1,000 sekilogram selain penanamannya di Malaysia masih agak terhad kerana mudah terdedah serangan penyakit.

“Penghasilan produk kesihatan dengan pengambilan kunyit hitam ini akan diseimbangkan dengan campuran madu tualang, stevia, gingko biloba dan maca dalam bentuk jus minuman.

“Kajian menunjukkan 100 peratus pengguna memberikan maklum balas positif terhadap kesan penggunaan kunyit hitam seawal empat hari,” jelasnya.

Artikel berkaitan 

Penyelidik UPM hasilkan bekas makanan biodegradasi berasaskan sabut kelapa, optimum sisa pertanian

UPM sasar jimat RM141 juta bil elektrik guna sistem solar PV

UPM galak mahasiswa sertai kelas asas selam skuba 


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok