WhatsApp Image 2022-01-03 at 11.08.32 AM
WhatsApp Image 2022-01-03 at 11.08.32 AM

Pelajar Malaysia kemalangan di Caribbean, UUM hantar ibunya untuk beri semangat

Adlan Farhan Azwan
03 Jan 2022 04:05pm
A
A
A

SINTOK – Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menghantar ibu kepada Nur Nabilah Mohd Azahar yang terlibat dalam kemalangan semasa menjalani latihan industri ke Curacao, Caribbean pada 7 Januari 2022 ini.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Prof Dr Haim Hilman Abdullah berkata, pihak universiti akan berusaha membantu dan memastikan keperluan rawatan dan kebajikan pelajar ini termasuk membawa ibunya Nor Manira Khalib bagi memberi sokongan moral kepada anaknya itu.

“Hasil daripada perbincangan yang dilakukan bersama kedua orang tuanya pagi tadi mereka bersetuju untuk menghantar ibunya yang akan turut ditemani oleh Pengarah Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC) Prof. Madya Dr. Badariah Din.

BACA JUGA: Kemalangan melibatkan pelajar UUM, KPT akan memudahcara urusan

BACA JUGA: UUM meterai MoU martabatkan keusahawanan

“Ibu dan juga pegawai dari UUM akan berangkat segera ke Curacao setelah semua urusan dokumentasi membabitkan Kedutaan Besar Malaysia di Venezuela dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) selesai," katanya.

Nur Nabilah yang merupakan pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dari Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) terlibat dalam kemalangan ketika menjalani latihan industri di di Dive Division Curacao, Caribbean pada 28 Disember 2021.

Beliau juga akan berusaha bagi memastikan semua rawatan dan kebajikan Nur Nabilah dibuat sebelum urusan membawa pulang dilakukan bergantung kepada tahap kesihatan dan kebenaran dari hospital di Curacao dan Wisma Putera, Kedutaan Besar Malaysia di Venezuela seperti yang dihasratkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Sementara itu, bapanya Mohd Azahar Zakaria ketika ditemui berterima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan UUM kerana membantu anaknya itu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok