HomeIPTPelajar tahun akhir matrikulasi KPM mohon sekarang, peluang jadi pensyarah cerah

Artikel Berkaitan

Pelajar tahun akhir matrikulasi KPM mohon sekarang, peluang jadi pensyarah cerah

Tawaran Program Penghantaran Pelajar Cemerlang (PPC) di bawah Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (SLTPPM) bagi ambilan tahun 2022 sudah mula dibuka pada Ahad.

Permohonan boleh dibuat melalui laman sesawang http://apps.matrik.edu.my/sltppm sebelum tarikh tutup pada 16 Mac ini.

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuka peluang kepada pelajar tahun akhir program matrikulasi untuk mendaftar secara dalam talian.

Baca juga

Alumni kolej Matrikulasi berkongsi tip untuk dapat 4 flat

Matrikulasi buka peluang belajar ke luar negara

Mereka akan menyambung pengajian dalam bidang Kimia, Biologi, Matematik, Fizik, Sains Komputer, Perakaunan dan Bahasa Inggeris di beberapa universiti terkenal luar negara.

Sementara itu, Biasiswa Perguruan Persekutuan akan diberikan kepada mereka dan juga pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran di pusat pengajian tinggi dalam negara.

Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, PPC mula diperluas dalam bidang Bahasa Inggeris bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti awam terbaik di Malaysia.

Mereka yang berjaya menamatkan program ini perlu melapor diri kepada KPM, jika tidak, tindakan penguatkuasaan perjanjian akan dikenakan.

Pelajar yang lulus temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan akan dilantik menjadi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di kolej-kolej matrikulasi KPM.

Mereka wajib berkhidmat selama lapan tahun kontrak perjanjian dengan KPM.

Bagi pelajar yang berminat, syarat-syarat permohonan adalah calon merupakan penuntut matrikulasi KPM yang sedang mengikuti pengajian, memperoleh gred A- , A atau A+ bagi mana-mana lima mata pelajaran Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat minimum gred B bagi subjek Bahasa Inggeris.

Di bawah program PPC juga, pelajar akan menerima elaun akhir pengajian, sara hidup, buku, penginapan, alat perkakas, pakaian panas, penempatan, tesis, latihan amali dan tiket kapal terbang.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok 

Untuk panggilan temu duga, calon boleh menyemak secara dalam talian di portal dari semasa ke semasa.

Mereka yang berjaya akan dihubungi melalui telefon dan lazimnya, semakan akan dibuka selepas satu bulan keputusan peperiksaan semester program matrikulasi (PSPM) diumumkan.

Artikel Terkini