jay-wennington-N_Y88TWmGwA-unsplash
jay-wennington-N_Y88TWmGwA-unsplash

Penawaran ijazah dalam kursus “makan dan minum” di universiti Perancis

Adlan Farhan Azwan
07 Jan 2022 03:59pm
A
A
A

Perancis terkenal dengan makanan, wain dan gaya hidup yang mewah sehinggakan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 2010 secara rasmi mengiktiraf "makanan gastronomi Perancis" sebagai sebahagian daripada "warisan budaya manusia sejagat".

Kini, sebuah universiti terkemuka di Perancis mengambil konsep gaya hidup minum dan makan sebagai satu kursus ijazah sarjana.

Jadi, jika anda suka makan dan minum, anda boleh menjadi pemegang ijazah sarjana daripada Sciences Po Lille, salah satu institusi pendidikan sains politik paling berprestij di Perancis.

BACA JUGA: Minat terhadap ‘anime’ dan K-pop, faktor utama dalam peningkatan bilangan pelajar mengambil ijazah Bahasa Korea dan Jepun.

BACA JUGA: “Masa depan bidang pertukangan kayu cukup cerah” – Cikgu Ab Razak

Kursus yang dipanggil BMV - singkatan untuk 'boire, manger, vivre' - merangkumi pelbagai topik tentang makanan, minuman dan 'kehidupan'.

Menurut laporan daripada The Telegraph, kursus unik itu termasuk 'gastro-diplomasi', teknologi makanan, dan memerangi ideologi seksisme di dapur.

Kursus ini telah diperkenalkan oleh pensyarah di Sciences Po Lille, Benoit Lengaign.

Selain menulis esei tentang gaya hidup, alternatif berasaskan tumbuhan kepada daging, sejarah pertanian dan topik lain, pelajar juga menghadiri persidangan tentang makanan dan minuman.

Pelajar dilatih untuk menjadi wartawan televisyen, pengulas makanan dan ketua syarikat penghantaran makanan untuk bersoal jawab antara satu sama lain tentang kualiti dan keadaan kerja.

Menurut Lengaigne, 15 pelajar yang menjadi kumpulan pertama mengambil jurusan itu menerima baik kursus sesi pembelajaran awal.

Beliau berkata, kursus itu adalah salah satu cara terbaik untuk menyemarakkan semangat pelajar berusia 20 tahun untuk mengubah atau menyelamatkan dunia melalui profesion masa depan mereka.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

"Ia adalah kursus sarjana yang menyatukan kami dengan mempunyai minat yang sama iaitu dunia gastronomi dan makanan,” jelas beliau.

Sumber: The Telegraph

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok