One-Piece-Full-Cast-Header-Image
One-Piece-Full-Cast-Header-Image

Minat terhadap ‘anime’ dan K-pop, faktor utama dalam peningkatan bilangan pelajar mengambil ijazah Bahasa Korea dan Jepun

Adlan Farhan Azwan
03 Jan 2022 03:36pm
A
A
A

Minat terhadap ‘anime’ dan K-pop, faktor utama dalam peningkatan bilangan pelajar mengambil ijazah Bahasa Korea dan Jepun.

Minat yang mendalam terhadap ‘anime’, permainan video dan Korean pop (K-pop), merupakan antara faktor utama pelajar yang mengambil Bahasa Korea dan Jepun sebagai ijazah semakin meningkat.

Final Fantasy antara permainan video dari Jepun yang mendapat sambutan baik serata dunia.

Menurut laporan dari University Council of Modern Languages (UCML), kadar kemasukan pelajar untuk mempelajari Bahasa Korea meningkat sebanyak tiga pada tahun 2018 jka dibandingkan pada tahun 2012. Sementara itu, kemasukan pelajar di Jepun pula meningkat 71 peratus dalam tempoh yang sama.

Dalam laporan tersebut juga menyatakan lebih ramai pelajar kini belajar bahasa Korea daripada Rusia, dan lebih ramai yang mengambil Bahasa Jepun daripada Itali.

Peningkatan ini disebabkan populariti budaya Asia Timur yang semakin diminati ramai. Budaya seperti K-pop, J-pop, permainan video Jepun, ‘anime’ dan filem popular seperti ‘Parasite’ dan siri Netflix seperti Squid Game telah memainkan peranan yang amat penting bagi menyerlahkan budaya yang ada di negara itu.

Siri Netflix Squid Game dari Korea Selatan telah menjadi siri terbesar pada tahun 2021.

Menurut data Netflix, siri Korea Selatan iaitu Squid Game telah memecah rekod siri yang paling banyak ditonton dengan 1.65 billion jam dalam masa empat minggu pertama sejak ditayangkan. 

Artikel berkaitan 

Murid terkejut bila ‘pelakon’ Squid Game datang sekolah, tak sangka rupa-rupanya dia adalah…

Aunee Azrina kuasai bahasa Jepun, Korea dan Mandarin. Anak Malaysia memang hebat!

Peningkatan populariti budaya Korea yang digelar fenomena Korean Wave atau K-wave telah mempengaruhi trend dalam beberapa sektor, daripada kosmetik dan fesyen kepada makanan dan perkakas rumah.

BTS adalah kumpulan K-pop yang paling popular buat masa kini.

Tunjang utama dalam K-wave ialah K-pop yang mana telah dianggarkan bernilai USD 5 billion. Kumpulan K-pop BTS mencipta rekod baharu dan menjadi tajuk utama untuk mencapai tontonan YouTube terbanyak untuk debut video muzik – lebih daripada 101.1 billion dalam masa 24 jam untuk lagu mereka berjudul Dynamite pada tahun 2020.

Ketua Eksekutif UCML, Emma Cayley berkata terdapat peralihan yang ketara apabila membandingkan pembelajaran Bahasa Eropah dengan bahasa di negara Asia yang lain, termasuklah Bahasa Arab dan Bahasa Cina serta Bahasa Korea dan Bahasa Jepun. 

Kajian terkini daripada UCML menunjukkan universiti yang menawarkan Bahasa Jepun meningkat daripada 19 peratus pada 2018 kepada 39 peratus pada 2020-21, manakala peningkatan kecil dapat dilihat dalam jabatan yang menawarkan Bahasa Korea.

Pensyarah Bahasa Jepun di University of Leeds berkata pelajar mula belajar bahasa Korea dan Jepun sebagai hobi semasa di sekolah menggunakan platform pembelajaran bahasa seperti Duolingo. Angka terkini di United Kingdom (UK )menunjukkan bahasa Jepun adalah bahasa yang paling pesat berkembang dan bahasa Korea pula berada di tangga keempat.

“Mereka mula belajar Bahasa Jepun secara suka-suka dan mereka menyedari bahawa mempelajari bahasa ini mempunyai keseronokan yang tersendiri. Jadi, mereka ingin mempelajarinya secara mendalam sama ada sebagai ijazah ataupun mata pelajaran tambahan,” katanya.

Beliau beranggapan golongan muda telah dipengaruhi oleh penyebaran budaya di media sosial serta program strategik diplomasi kebudayaan yang dimulakan oleh kerajaan Jepun menjelang pertandingan ragbi Piala Dunia dan Sukan Olimpik Tokyo. Ramai pelajar juga tertarik dengan program pertukaran pelajar selama setahun di Jepun.  

Pensyarah Bahasa Korea di Universiti Leeds juga berkata pelajar yang mengambil ijazah dalam Bahasa Korea kebiasaannya belajar Bahasa Korea hasil daripada minat mereka terhadap K-pop dan K-drama.

Jadi, kepada pelajar di luar sana yang mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu budaya tidak kira dari aspek hiburan atau permainan video, gunakan minat tersebut untuk mempelajari bahasanya secara intelektual.

Sumber: The Guardians

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok