Pencapaian cemerlang kakitangan akademik diraikan menerusi AAU 2021
Pencapaian cemerlang kakitangan akademik diraikan menerusi AAU 2021

Pencapaian cemerlang kakitangan akademik diraikan menerusi AAU 2021

Roshlawaty Md Raieh
18 Oct 2022 09:55am
A
A
A

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengiktiraf pencapaian dan sumbangan kakitangan akademiknya menerusi Majlis Anugerah Akademik Universiti (AAU) 2021 yang kini menginjak usia penganjuran tahun ke-13 sejak dimulakan pada 2009.

Majlis AAU 2021 yang bertemakan ‘Ilmuwan, Ilmu dan Teknologi Menyejahterakan Masyarakat’ itu telah dirasmikan oleh Naib Canselor UTeM, Profesor Ts Dr Massila Kamalrudin, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UTeM, Profesor Dr Zulkifilie Ibrahim yang juga berperanan selaku Pengerusi Panel Penilai AAU 2021.

Massila berkata, program itu secara langsung menyokong usaha UTeM bagi membudayakan ekosistem akademik universiti supaya lebih segar dan dinamik.

“Semua penerima dipilih berdasarkan kepada sumbangan terhadap pembangunan akademik khususnya dalam meningkatkan kecemerlangan bidang pengajaran, penyelidikan, penerbitan, inovasi, pengkomersialan dan sumbangan kepada masyarakat.

“Malah UTeM ada potensi besar untuk mengungguli bidang pendidikan tinggi teknikal di samping menjadi hab rujukan utama bagi kesejahteraan masyarakat, pembangunan industri dan negara,” ujarnya.

Massila

Sementara itu, kakitangan akademik yang menerima anugerah AAU 2021 adalah Ts Ir Dr Sharin Ab Ghani (Anugerah Akademik Harapan); Profesor Madya Dr Mariam Md Ghazaly (Anugerah Pengajaran); Ir Ts Dr Anuar Mohamed Kasim (Anugerah Penyelidikan); Dr Iskandar Waini (Anugerah Penghasilan Makalah Jurnal dan Anugerah Kualiti Makalah Jurnal) dan Dr Mohd Najib Ali Mokhtar (Anugerah Penerbitan Buku Bidang Sains dan Teknologi).

Mereka telah menerima hadiah wang tunai berjumlah RM4,000, sijil penghargaan dan plak.

Artikel berkaitan 

2 Jurutera Pengajar wanita dari UTeM kini pengendali dron profesional 

Sukarelawan UTeM cakna pelihara keindahan Pulau Bidong

UTeM miliki kepakaran dalam HVAC, kini bersedia kongsi kemahiran dengan pihak berkaitan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok