278557274_7716793578345889_2964955879196807458_n
278557274_7716793578345889_2964955879196807458_n

Penyelidik UUM berjaya komersialkan produk aplikasi penghantaran

Adlan Farhan Azwan
21 Apr 2022 12:59pm
A
A
A

SINTOK - Universiti Utara Malaysia (UUM) meneruskan kecemerlangan dalam inovasi menerusi penghasilan Basic Source Code for Delivery Mobile Apps yang telah berjaya dikomersialkan.

Produk yang dihasilkan pensyarah Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), Profesor Madya Dr Shahrul Azmi Mohd Yusof itu dibangunkan untuk membantu perniagaan penghantaran barangan secara dalam talian.

Shahrul Azmi berkata, sebelum aplikasi tersebut berjaya dikomersialkan, beliau perlu melaksanakan pembentangan dan rundingan perniagaan dengan syarikat Tut Tut Delivery Sdn Bhd sehingga tercapai persetujuan untuk membeli produk yang dibangunkan itu.

“Saya gembira kerana telah berjaya mengkomersialkan produk Basic Source Code for Delivery Mobile Apps ini kepada syarikat Bumiputera yang beroperasi di Alor Setar, Kedah.

Baca juga

Tidak sangka menang anugerah kerana belajar sambil bekerja, graduan UUM rangkul MICPA Gold Medal Award

Inovasi SaBBAr bantu murid kuasai membaca Bahasa Arab dengan mudah

“Kejayaan saya ini merupakan kejayaan bersama SOC terutamanya Penolong Naib Canselor UUM CAS merangkap Dekan SOC yang telah memberi sokongan kepada penyelidik di pusat pengajian dalam pengkomersialan produk ini,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Sementara itu, Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC), Profesor Madya Ts Dr Mohd Faizal Omar merakamkan ucapan tahniah kepada Shahrul Azmi di atas kejayaan beliau mengkomersialkan produk inovasi tersebut.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Menurutnya, ICC berbangga dengan kejayaan itu kerana produk ini berjaya dikomersialkan secara jualan terus ataupun outright sales yang mana syarikat Tut Tut Delivery Sdn Bhd bersetuju dengan harga yang ditawarkan oleh UUM.

“Kejayaan penyelidik dalam mengkomersialkan produk diharapkan dapat memberi inspirasi kepada warga UUM dalam menghasilkan produk atau servis yang berpotensi untuk dikomersialkan,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok