Persaingan sengit! Najmi Adli terkejut diumumkan johan deklamasi sajak
Persaingan sengit! Najmi Adli terkejut diumumkan johan deklamasi sajak

Persaingan sengit! Najmi Adli terkejut diumumkan johan deklamasi sajak

Roshlawaty Md Raieh
16 Sep 2022 03:40pm
A
A
A

“Kemenangan ini adalah satu kejutan buat saya,” demikian kata penuntut Tahun Satu, program Komunikasi, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Najmi Adli Mustafa.

Beliau yang dinobatkan sebagai johan Pertandingan Deklamasi Sajak Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 baru-baru ini berkata, semua peserta telah menampilkan persembahan sajak yang cukup hebat dan dia menganggap sukar untuk dirinya merangkul sebarang anugerah.

“Saya tidak menaruh harapan tinggi dalam pertandingan ini kerana peserta yang bertanding memang bagus-bagus belaka.

“Bagaimanapun, apabila diumumkan sebagai juara, sudah tentulah saya terkejut dan hilang kata-kata,” ujarnya yang turut mendeklamasi sajak Aduhai Negaraku Permai karya Abdul Hadi Yusof sebagai acara selingan untuk majlis tersebut.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kebudayaan USIM, Ismail Ahmed menyifatkan, penyertaan mahasiswa USIM ke pertandingan ini sebagai satu lonjakan semangat untuk mereka terus aktif dalam penganjuran program dalam dan luar universiti di samping proses mengembangkan bakat masing-masing.

Pertandingan Deklamasi Sajak Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan bersempena Dekad Bahasa Kebangsaan menyaksikan 13 peserta mewakili tujuh daerah Negeri Sembilan dengan enam penyertaan dari kategori dewasa dan tujuh kategori remaja.

Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada Pertandingan Akhir Koir Antara Jabatan Negeri Sembilan di Allson Klana Resort, Seremban, Negeri Sembilan.

Artikel berkaitan 

Penyelidik USIM hasilkan set lengkap hidroponik dan agih kepada 50 keluarga PPR yang bertuah. Rezeki!

Rangkul naib johan dan pendebat terbaik, USIM kongsi tip kejayaan mereka

Berkongsi maklumat dan pengetahuan, rahsia utama pelajar dari Sabah dinobatkan Johan Kuiz Asean 2022


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok