HomeIPTBuletin IPTProgram Culture in Action dedah budaya dunia

Program Culture in Action dedah budaya dunia

Setiap masyarakat di dunia memiliki budaya tersendiri yang menjadi daya tarikan kepada pengunjung di negara mereka.

Bahkan, keunikan budaya berkenaan boleh dijadikan produk pelancongan sehingga menjana ekonomi masyarakat setempat.

Dalam memberi pendedahan budaya kepada para pelajar, Pusat Pengajian Bahasa (PBB) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan program Culture in Action di Dewan Sultan Ibrahim Uthm Johor, Batu Pahat, Johor, baru-baru ini.

Pengarah program, Thineshwaran Satiamurti berkata, program tersebut bertujuan memberi ruang kepada para pelajar berkongsi ilmu pengetahuan dan kajian melalui pembacaan mengenai budaya-budaya yang terdapat di dunia.

“Melalui pendekatan ini, para pelajar bukan sahaja dapat menimba ilmu tentang budaya yang terdapat di dunia tetapi sekali gus membantu meningkatkan kemahiran berbahasa dalam bahasa Inggeris dan Malaysia apabila sesi pembentangan.

“Selain itu, program berkenaan juga dapat membantu para pelajar menanam sikap yakin pada diri apabila berdepan dengan khalayak umum,” katanya kepada Sinar Bestari.

Thineshwaran memberitahu, para peserta akan membentangkan hasil projek untuk memperkenalkan beberapa elemen budaya di dunia dalam program terbabit.

Tuturnya, program yang dianjurkan dalam bentuk pertandingan itu turut memupuk semangat bertanding secara sihat antara pelajar tempatan dan antarabangsa.

Dalam pada itu, penyelaras program, Hazila Kadir @ Shahar menambah, pertandingan berkenaan menyaksikan seramai 25 pelajar dibahagikan kepada lima kumpulan untuk membentangkan projek mereka.

“Para pelajar akan membuat pameran berkaitan kebudayaan yang mereka pilih di ruang pameran kumpulan masing- masing.

“Mereka juga perlu membuat persembahan ringkas mengenai budaya yang telah dipilih di hadapan dua juri pertandingan,” katanya.

Kumpulan the Pagoh Bois dari kampus UTHM, Pagoh, telah dinobatkan sebagai juara pertandingan dengan mengetengahkan budaya negeri Perak sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM100 dan hadiah iringan.

Artikel berkaitan

Selepas terima dua anugerah terbaik universiti, Mek Yun kini ‘wajah’ UTHM

126 graduan dirai dalam Majlis Konvokesyen Program Eksekutif UTHM

Muhammad Faris dan Chun An, graduan cemerlang UTHM terima Anugerah Pelajaran DiRaja


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok