Barangan Sumbangan Daripada para penyumbang
Barangan Sumbangan Daripada para penyumbang

Pusat Perhubungan Alumni UPM anjur Program Tautan Mahabbah 2022, cakna dengan nasib anak yatim dan asnaf

Adlan Farhan Azwan
22 Apr 2022 08:59am
A
A
A

BANTING - Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) meneruskan tradisi cakna dengan nasib anak-anak yatim dan asnaf dengan menganjurkan Program Tautan Mahabbah 2022 di Rumah Amal Raudhatul Jannah.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk bersama-sama dengan masyarakat di luar sana dalam membantu anak-anak yatim dan asnaf yang memerlukan bantuan.

Kali ini, Pusat Perhubungan Alumni UPM menyampaikan hasil sumbangan daripada para alumni, individu dan staf UPM berupa kit kebersihan diri dan ujian kendiri Covid-19, barangan keperluan harian dan sumbangan duit raya.

Baca juga

MSU anjur majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim

2,000 sumbangan beg diagihkan, sasar murid asnaf dan B40 Kuala Lumpur

Menurut Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Profesor Madya Dr Arba’ie Sujud, program berterusan ini telah dilaksanakan tahun lalu di salah sebuah rumah amal yang terletak di Bangi, tetapi kali ini memilih Rumah Amal Raudhatul Jannah, Banting.

“Jika sebelum negara dilanda pandemik Covid-19, kita akan menjemput anak-anak ini ke UPM tetapi selepas dilanda pandemik, rutin itu tidak dapat dilaksanakan dan insya-ALLAH mungkin pada masa akan datang, kebiasaan itu akan kita hidupkan kembali.

“Kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada para penyumbang antaranya Amco Niaga, MyFundaction, para alumni dan juga staf UPM,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini.

Rumah Amal Raudhatul Jannah yang terletak di Banting, Selangor mempunyai 28 orang penghuni iaitu 16 penghuni lelaki dan 12 perempuan yang berusia lapan hingga 17 tahun.

Kebanyakan mereka datang daripada keluarga asnaf dan anak-anak yatim di seluruh Malaysia.

Tambah Arba’iei lagi, program ini akan disusuli dengan Program Mawaddah Ramadan yang lebih memfokuskan kepada pelajar-pelajar UPM agar edaran makanan berbuka puasa dan bantuan menyambut Aidilfitri dapat disalurkan kepada pelajar-pelajar B40 dan juga daripada keluarga asnaf.

“Bagi Program Tautan Mahabbah dan Mawaddah Ramadan, hasrat Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Dr Roslan Sulaiman adalah supaya dapat menjuarai misi universiti untuk masyarakat yang turut melibatkan alumni untuk kelangsungan universiti akan dicapai menerusi program-program yang dilaksana.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Apa yang istimewa kali ini, kami juga menyediakan kit kesihatan yang mana ini sebagai tanda sokongan dan solidariti ke arah menghadapi zaman endemik. Ini sebagai tanda sokongan kami kepada komuniti untuk menjalani gaya hidup sihat dan selamat,” jelasnya

Beliau juga berkata, program ini juga adalah tanda sokongan moral pihak UPM dalam membantu masyarakat terutamanya individu yang mengambil cakna akan komuniti setempat.

“Sumbangan yang disalurkan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pengusaha rumah amal dalam menjalankan operasi setiap hari.

“Penglibatan kami selaku institusi pengajian tinggi (IPT) ini adalah sebagai satu khidmat masyarakat dan seterusnya dapat merapatkan jaringan antara IPT serta masyarakat,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok