Rezeki...84 murid di Melaka terima sepersalinan baju dan duit raya sumbangan warga UTeM
Rezeki...84 murid di Melaka terima sepersalinan baju dan duit raya sumbangan warga UTeM

Rezeki...84 murid di Melaka terima sepersalinan baju dan duit raya sumbangan warga UTeM

Roshlawaty Md Raieh
24 May 2022 09:57am
A
A
A

Menerima sumbangan raya daripada pihak tertentu adalah salah satu kegembiraan buat semua individu.

Lazimnya, kanak-kanak merupakan golongan yang cukup bertuah dan gembira kerana pastinya akan diraikan dan didahulukan.

Begitu juga bagi 84 murid dari empat buah sekolah rendah di negeri Melaka, apabila mereka menerima sepersalinan baju dan duit raya daripada warga Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Sekurang-kurangnya, Aidilfitri kali ini dapat disambut dalam suasana yang meriah sama seperti orang lain.

Baca juga 

Lawatan penanda aras beri peluang pegawai, GPM kongsi idea dan kepakaran bersama pendidik lain

(VIDEO) Gelagat murid naik skuter ke sekolah buat warganet terhibur

Pengerusi Jawatankuasa ICT dan Masyarakat Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), UTeM, Dr Zuraini Othman berkata, agihan pakaian dan duit raya itu di bawah kelolaan program Shopping Raya 2022 anjuran Jawatankuasa ICT dan Masyarakat, FTMK.

“Program ini diadakan untuk membantu dari segi kewangan dan bahan-bahan keperluan seperti pakaian kepada pelajar sekolah yang berstatus miskin dan asnaf sekitar negeri Melaka.

“Ia telah bermula sejak 2015 lagi dan berjaya membantu anak-anak yatim, miskin, asnaf dan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) khususnya di Melaka agar sama-sama merasai kemeriahan dan nikmat menyambut Aidilfitri,” katanya dengan menambah murid yang menerima agihan tersebut terdiri daripada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lintang, SK Bukit Cina, SK Serkam Darat dan SK Chinchin.

Penyerahan sumbangan berupa sepersalinan baju dan duit raya disampaikan kepada pihak sekolah yang terbabit.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Sementara itu, Pengarah Program, Dr Zahriah Othman memberitahu, penyerahan sumbangan sepersalinan pakaian dan duit raya telah disampaikan kepada Guru Besar dan Guru Penolong Kanan sekolah berkenaan lalu diserahkan terus kepada penerima.

“Kegembiraan anak-anak ini menjadi ukuran kejayaan buat kami semua walaupun pada peringkat awal terpaksa bersusah payah sehinggalah semuanya sempurna dengan jayanya,” katanya yang berterima kasih kepada warga UTeM dan orang awam kerana telah menghulurkan sumbangan pada mereka yang memerlukan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok