muridsekolahskuter
muridsekolahskuter

(VIDEO) Gelagat murid naik skuter ke sekolah buat warganet terhibur

Adlan Farhan Azwan
23 May 2022 05:17pm
A
A
A

Bagi murid-murid yang tinggal dekat dengan sekolah, kebanyakan daripada mereka akan memilih untuk membawa basikal untuk tujuan pergi dan balik sekolah, lebih-lebih lagi di kawasan perkampungan.

Sesiapa yang membawa basikal ke sekolah pasti akan mempunyai pelbagai kenangan manis bersama kawan-kawan.

Lain pula ceritanya di laman TikTok apabila satu video telah tular memaparkan seorang murid perempuan menaiki skuter untuk ke sekolah.

Baca juga

(VIDEO) ‘Ini mesti ustaz kesukaan murid-murid’, guru tidak menang tangan terima hadiah sempena Hari Guru

(VIDEO) Kejutan istimewa sempena Hari Guru, ibu murid hadiahkan rotan kepada guru di sekolah

Menurut perkongsian daripada @zulmuhd23 di laman itu, gelagat murid terbabit telah mendapat perhatian warganet disebabkan aksinya yang seakan-akan sedang 'berlumba' membawa skuter.

[embed]https://www.tiktok.com/@zulmuhd23/video/7100486444636032283?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7062922595423651330[/embed]

Setakat ini, video tersebut telah meraih lebih 1.7 juta jumlah tontonan dengan lebih 180,000 tanda suka.

Melihat di ruangan komen pula, rata-rata pengguna laman itu turut terhibur dengan aksi yang dipamerkan oleh murid perempuan tersebut.

Selain itu, ramai juga yang turut meluahkan keprihatinan terhadap keselamatan murid itu dengan memberi cadangan agar diberikan topi keledar.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

@safiq_dyklon: Hahaha kelakar dik, kita dulu bawa basikal dengan tidak ada ‘brake’, lajak terus langgar pasu bunga rumah orang, satu ketika dulu balik sekolah.

@bambam0035: Wah bestnya kau dik, mak cik dulu kayuh basikal mini sahaja. Kayuh sambil berdiri lenggang lenggok baru laju.

@cikpuanfid: Belikan dia helmet, helmet main basikal pun boleh untuk keselamatan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok