downloadSeminar STEM disertai 24 ahli akademik, jadikan platform bentang hasil kajian
downloadSeminar STEM disertai 24 ahli akademik, jadikan platform bentang hasil kajian

Seminar STEM disertai 24 ahli akademik, jadikan platform bentang hasil kajian

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
27 Oct 2022 09:44am

Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurkan Seminar Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) kali ke-2 bertujuan memupuk dan membudayakan penyelidikan serta penerbitan dalam kalangan ahli akademik PPST UMS.

Dengan bertemakan 'Academia and Beyond', seminar secara dalaman yang disertai 24 ahli akademik PPST itu antara lain berperanan sebagai platform untuk menyampaikan pembentangan hasil-hasil kajian yang dijalankan di PPST UMS.

Menurut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Profesor Ir Dr Rosalam Sarbatly, bagi menarik lebih ramai pelajar sekolah untuk meminati bidang STEM, penyelidikan dan pendidikan STEM harus terus berkembang di PPST.

“Seminar ini telah menunjukkan usaha dan komitmen PPST dalam mempromosikan STEM di mana ia menjadi platform kepada para penyelidik dalam bidang pendidikan sains dan STEM untuk berkongsi dan bekerjasama bagi mengembangkan lagi budaya penyelidikan dan penerbitan di sini.

“Saya berharap PPST akan terus cemerlang bukan sahaja dalam memupuk minat pelajar terhadap STEM tetapi juga dalam kalangan ahli akademik di PPST,” ujarnya ketika merasmikan seminar tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), baru-baru ini.

Rosalam

Sementara itu, Pengarah PPST, Profesor Dr Jumat Sulaiman berkata, sebanyak 34 penerbitan berindeks berjaya diterbitkan sepanjang tahun 2021 dan 2022, di samping 55 penerbitan merangkumi prosiding, bab dalam buku dan OER@UMS.

“Selain itu, sebanyak 10 pembiayaan penyelidikan baharu telah diperoleh PPST, iaitu masing-masing sebanyak enam pada 2020 dan dua geran penyelidikan baharu pada 2021 dan 2022.

“PPST juga telah mencapai satu perlindungan harta intelek (IPP) untuk hak cipta modul pembelajaran berasaskan masalah untuk fizik (elektrik) dan beberapa lagi senarai permohonan.

“Justeru, saya yakin bahawa pencapaian dalam penerbitan dan pemerolehan geran penyelidikan adalah mencabar dan tidak mudah. Saya berharap usaha hebat ini dapat diteruskan dan menjadi pemangkin untuk berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik,” jelasnya.

Sebanyak 23 kertas kerja telah dibentangkan dari pelbagai bidang berkaitan STEM dan pendidikan serta enam daripadanya dianugerahkan sebagai kertas kerja terbaik pada seminar kali ini.

Artikel berkaitan 

UMS rangkul 2 anugerah di Pertandingan Debat Antirasuah IPT

HUMS beri latihan Terapi Tingkah Laku Dialektikal kepada 30 guru di Kudat

Ikon pelajar cemerlang SMT Sejingkat, duduki carta nombor 1 sekolah, terima tawaran belajar di Jepun


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp