bahasa arab
bahasa arab

Senarai IPT yang menawarkan pengajian bahasa Arab sebagai bahasa kedua

Rasyidah Zulkifi
12 Oct 2022 05:20pm
A
A
A

Sejak kecil kita didedahkan dengan ilmu nahu (tatabahasa) dan sorof (gaya bahasa) bagi memudahkan mengaji al-Quran.

Sehingga di peringkat sekolah pun, pengetahuan itu masih lagi berkembang terutama bagi pelajar yang bersekolah dalam aliran agama.

Tahukah anda? Pengajian tersebut merupakan cabang bagi mereka yang ingin mempelajari asas dalam bahasa Arab.

Tanpa ilmu nahu dan sorof, maka sukar untuk memahami semua makna perkataan serta ayat dalam bahasa Arab.

Disebabkan itulah ia perlu diperluaskan lagi hingga di peringkat universiti dan ramai pensyarah bersepakat serta bersetuju untuk menawarkan pengajian linguistik itu kepada mahasiswa.

Bagi pelajar yang tidak mempunyai asas dalam bahasa Arab, mereka diberi pilihan untuk memilihnya sebagai kursus bahasa ketiga.

Sementara bagi pelajar yang sememangnya berlatarbelakangkan jurusan agama, bidang tersebut adalah bahasa kedua buat mereka.

Untuk itu, pada entri kali ini, Sinar Bestari kongsikan senarai institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta merujuk kepada Daftar Kelayakan Malaysia (MQR), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

**

ASASI

1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Asasi Bahasa Arab Untuk Komunikasi

2. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Asasi Bahasa Arab

3. Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU)

Asasi Bahasa Arab dan Sains Islam

DIPLOMA

1. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Diploma Pengajian Islam (Bahasa Arab)

2. Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UnIPSAS)

Diploma Bahasa Arab Komunikasi

3. Universiti Sultan Azlan Shah (USAS)

Diploma Bahasa Arab dengan Pendidikan

4. Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

Diploma Bahasa Arab Untuk Kerjaya

5. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Diploma Pengajian Islam (Bahasa Arab dan Kesusasteraan)

6. Universiti Melaka (Unimel)

Diploma Bahasa Arab Untuk Kerjaya

7. Kolej Al-Quran Terengganu

Diploma Tahfiz Al-Quran dan Bahasa Arab

8. Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)

Diploma Bahasa Arab

9. Kolej Universiti Islam Perlis

Diploma Bahasa Arab

IJAZAH

1. Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Sarjana Muda Bahasa Gunaan (Kepujian) Bahasa Arab Komunikasi Profesional

2. Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)

Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Kepujian

3. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab

4. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Sarjana Muda Bahasa Arab dan Kesusasteraan Islam dengan Kepujian

5. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Pendidikan

6. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Sarjana Muda Bahasa Arab dengan Keusahawanan (Kepujian)

7. Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (Bahasa Arab Pendidikan Rendah)

8. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Bahasa Arab Terjemahan) (Kepujian)

9. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Sarjana Muda Pendidikan dalam Pengajaran Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua (Kepujian)

10. Universiti Putra Malaysia (UPM)

Bacelor Sastera (Bahasa Arab)

11. Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM)

Sarjana Muda Keguruan (Bahasa Arab) Dengan Kepujian

SARJANA

1. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Ijazah Sarjana (Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua)

2. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Ijazah Sarjana Bahasa Arab untuk Tujuan Khusus

3. Universiti Putra Malaysia (UPM)

Master Sastera (Bahasa Arab)

4. Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU)

Sarjana Bahasa Arab

5. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Sarjana Pendidikan (Bahasa Arab)

6. Universiti Malaya (UM)

Sarjana Pendidikan Bahasa Arab

7. Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) (Kampus Gong Badak)

Sarjana Pengajian Bahasa Arab

DOKTOR FALSAFAH (PhD)

1. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA)

Doktor Falsafah (Pengajian Bahasa Arab)

2. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Bahasa Arab

3. Universiti Putra Malaysia (UPM)

Doktor Falsafah (Bahasa Arab)

4. Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU)

Doktor Falsafah (Bahasa Arab)

5. Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)

Doktor Falsafah Bahasa Arab

Artikel berkaitan 

Ini senarai 4 menu murah dan berkhasiat buat pelajar IPT

Ini 13 senarai IPTA/S yang tawar pengajian doktor pergigian

Senarai IPTA/IPTS terbaik negara dan jurusan popular masa kini


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok