WhatsApp Image 2021-12-17 at 2.19.19 PM
WhatsApp Image 2021-12-17 at 2.19.19 PM

“Alhamdulillah, I got into Stanford" - Pelajar terharu diterima masuk ke universiti idaman

Adlan Farhan Azwan
17 Dec 2021 02:20pm
A
A
A

“Alhamdulillah, I got into Stanford.” Itulah ayat yang diungkapkan oleh seorang pelajar yang telah diterima masuk ke Universiti Stanford di California, Amerika Syarikat.

Berita menggembirakan itu dikongsi oleh pemilik akaun Twitter @tiyadean atau nama sebenar Hasya Atiyah yang memuat naik e-mel kemasukan ke universiti tersebut.

[embed]?s=20[/embed]

Universiti Stanford merupakan salah satu institusi pengajian tinggi yang terbaik di dunia. Universiti ini juga sentiasa konsisten berada dalam 10 universiti terbaik di dunia.

Ciapan tersebut telah mendapat perhatian ramai dengan hampir 10,000 tweet semula dan hampir 70,000 tanda suka.

BACA JUGA: Ayat “tahniah, permohonan pertukaran anda diluluskan” bikin Cikgu Qarim terdiam dan hilang kata-kata!

BACA JUGA: Kegigihan kumpulan guru SRA Puncak Alam cipta inovasi Plaza tol RaPuSa tarik perhatian ramai. Tahniah cikgu!

Sehari sebelum pengumuman keputusan, dia sempat meluahkan perasaan gementar untuk mengetahui berita itu.

Menurut Atiyah, keseluruhan proses ini telah mengajarnya untuk lebih yakin dan percaya dengan diri sendiri dan kesemuanya akan berjalan dengan baik.

“Sentiasa ikhlas dalam melakukan apa sahaja walaupun kadang-kala apa yang kita inginkan tidak selalunya yang kita dapat.

“Sejujurnya, tahun ini amat mencabar. Saya terpaksa tidur dua jam sahaja disebabkan kebimbangan terhadap permohonan universiti, kolej dan komitmen.

“Saya hampir berputus asa tetapi semangat yang diberikan oleh keluarga dan sahabat menguatkan diri untuk meneruskan perjalanan,” katanya.

Dalam video yang dimuat naik oleh Atiyah melalui akaun Instagram miliknya, dia merakam reaksi dirinya sewaktu mendapat berita yang ditunggu-tunggunya itu.

Kedua ibu bapa Atiyah turut mengalirkan air mata kegembiraan sejurus mendapat berita baik berkenaan.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook 

Dalam pada masa yang sama, Atiyah menerima ucapan tahniah daripada ramai pengguna di laman Twitter. Salah satu daripadanya adalah Dr Amalina Bakri.

GPSBestari turut ingin mengucapkan tahniah kepada Atiyah kerana berjaya dalam mengejar impian. Semoga terus berjaya pada masa hadapan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok