265221341_4541945839186717_812465960847177946_n
265221341_4541945839186717_812465960847177946_n

Ayat "tahniah, permohonan pertukaran anda diluluskan" bikin Cikgu Qarim terdiam dan hilang kata-kata!

Roshlawaty Md Raieh
08 Dec 2021 02:15pm
A
A
A

Wah! Meriahnya posting Facebook apabila bercerita tentang eGTukar.

Ada yang terkejut, menangis dan terdiam. Tidak kurang juga, ada yang sudah tidak sabar untuk berpindah ke negeri tercinta.

Cikgu Emmet menerusi Facebooknya tidak terkecuali berkongsi momen-momen indah berkenaan eGTukar.

Tetapi, bukan tentang diri beliau sebaliknya kisah seorang sahabat yang sebak apabila mendapat khabar gembira itu.

“Terserlah kegembiraan sahabat saya, Cikgu Qarim atau Yen dari Kelantan yang berjaya pindah ke negeri asal.

“Sebagai rakan, saya juga sangat gembira. Berkat kesabaran Cikgu Qarim, akhirnya beliau pulang juga,” kata Cikgu Emmet.

Ikuti kisah Cikgu Qarim seperti diceritakan Cikgu Emmet menerusi laman Facebooknya.

*****

Catatan bertarikh 6 Disember 2021

eGTukar 2021

Simpan ditu meh kena ke pengingat jemah ila. Setelah 13 tahun di bumi Borneo, akhirnya bisi ga rezeki pulai ke menoa dri mpu. Ka pan nda, kada bisi peluang, pulai ja meh. Nti nitih ke ati, agi ka diau menoa ulu sgai.

Manah urg Iban ulu sgai tambah agi urg gaat. Nya meh, dah kelalu lama ninggal ke apai indai ba Kelantan, tok lah peluang pulai ke menoa kami din.

Enam tahun Sabah, tujuh tahun Sarawak. Umbas ya nya cak. Meri peluang agai urg bukai ga kitu.

Terima kasih SK Lepong Gaat, terima kasih PPD Kapit, terima kasih Sarawak. Bisi ari ila, kitu baru ga kami, melancong. Arapka Jambatan Sempaling dah tembu meh. Pedis mai ngelaban Sempaling. Rayyyaaaa nya. Akaiiii.

Terjemahan

Simpan disini untuk kenangan akan datang. Setelah 13 tahun di bumi Borneo akhirnya ada juga rezeki untuk berkhidmat di negeri sendiri. Bukan apa bila ada peluang kita baliklah. Kalau diikutkan hati masih ingin tinggal di hulu ini.

Orang Iban di hulu ini baik sangat lebih lagi orang Iban di Gaat. Tapi itulah dah lama jauh dengan mak ayah di Kelantan jadi bila ada kesempatan berjaya balik kita baliklah jaga mak ayah.

Enam tahun di Sabah dan tujuh tahun di Sarawak rasanya sudah cukup pengalaman di sini. Kita beri peluang orang lain merasa pengalaman ini.

Terima kasih SK Lepong Gaat, PPD Kapit dan terima kasih Sarawak. Ada masa nanti saya akan datang ke sini untuk melawat anda. Harap Jambatan Sempaling sudah siap masa tu nanti. Susah nak ke Sempaling...rayaaaanya akaiiii.

Itulah luahan salah seorang dari ribuan guru yang berjaya dalam pertukaran antara Borneo dan Semenanjung.

Hari ini ramai sahabat Semenanjung saya yang sudah lama berkhidmat di bumi Borneo diluluskan pertukaran balik ke Semenanjung. Rata-ratanya sudah berkhidmat lebih enam dan tujuh tahun. Tak salah saya tahun ini pertukaran besar-besaran yang dibuat oleh KPM.

Malah dijangka ramai guru-guru tempatan yang diambil secara one off akan ditempatkan untuk mengisi kekosongan akibat pertukaran itu. Ini merupakan satu langkah yang proaktif KPM dibawah YB Datuk Dr Radzi Jidin.

Seingat saya semasa YB Datuk Dr Radzi Jidin datang ke Sarawak dulu, beliau akan meluangkan masa berjumpa guru-guru yang hadir.

Setiap meja beliau pergi, pasti akan mendengar luahan hati guru-guru Semenanjung yang sudah lama berkhidmat tetapi tidak diluluskan permohonan perpindahan.

Sesekali terdengar YB Datuk Radzi bertanya...

“Dah lama mengajar di sini?

“ Asal mana? Kelantan, Terengganu susah nak masuk tapi saya cuba ikhtiarkan ke stesen berhampiran”

Itulah antara pertanyaan dan respon spontan dari beliau.

Kejayaan pertukaran besar-besaran kali ini saya yakin adalah atas inisiatif YB Datuk Radzi Jidin yang mahu membantu guru-guru duka lara kembali berdekatan dengan insan tersayang.

Tahniah kepada rakan-rakan yang berjaya. Saya menghubungi 10 orang guru Semenanjung yang berkhidmat untuk mendapatkan keputusan eGTukar mereka dan sembilan daripadanya dapat balik. Hanya seorang sahaja tak dapat kerana tidak memohon dan mahu menjaga adiknya yang masih belajar di Sarawak.

Tahun-tahun sebelum ini kalau penuh tangkap layar TIDAK BERJAYA kali ini hampir semua rakan kongsikan TAHNIAH, PERTUKARAN ANDA BERJAYA.

Selepas ini mulalah episod sedih pula kerana akan meninggalkan anak-anak murid yang comel di pedalaman setelah mendidik mereka dengan penuh komited.

Yang di Belaga akan rindukan anak-anak Penan, Kenyah dan Kayan.

Yang di Balleh dan Kapit akan rindukan anak-anak Iban.

Yang di Padawan akan rindukan anak-anak Bidayuh,

Yang di Mukah dan Rajang akan merindukan anak-anak Melanau.

Yang di Bintulu akan rindukan anak-anak Vaie dan Iban.

Yang di Miri dan Limbang akan rindukan anak-anak Kedayan, Bisaya dan Lun Bawang.

Yang di pesisir akan rindukan anak-anak Melayu.

Semua pasti mengamit kerinduan dan melipat setiap kisah dalam hamparan memori untuk dikenang pada masa berkhidmat di tanah tumpah sendiri.

Terima kasih atas jasa cikgu-cikgu semua yang menjadi sebahagian daripada pembina generasi di Sarawak ini. Jangan lupakan kami, cikgu.

Sumber: Facebook Cikgu Emmet Menulis

Artikel berkaitan 

Sangat cute! Murid Pemulihan Khas teruja tengok mimik muka Cikgu Roslee ketika mengajar

15 orang guru terkejut! Tak sangka dinobatkan Hero PdPR Terbaik dan Hero PdPR Pilihan Khas Juri

Rifqah dan Munajjah unggul dalam sukan catur, pasangan adik beradik aktif catur sejak dari kecil


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok