Berjaya gengam ijazah walau serba kekurangan, semangat Mahavithia buat ramai kagum!
Berjaya gengam ijazah walau serba kekurangan, semangat Mahavithia buat ramai kagum!

Berjaya genggam ijazah walau serba kekurangan, semangat Mahavithia buat ramai kagum!

Roshlawaty Md Raieh
10 Aug 2022 12:28pm
A
A
A

Sejak dari kecil lagi, Mahavithia Arumugam sudah mengalami masalah penglihatan.

Dek kekurangan itu, beliau telah dihantar oleh ibu bapanya ke sekolah aliran khas bagi meneruskan sesi pembelajaran seperti kanak-kanak lain.

Sepanjang sesi persekolahan berlangsung, Mahavithia pastinya akan berhadapan dengan pelbagai cabaran. Namun begitu, dia tetap gigih berjuang sehingga berjaya mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Baru-baru ini, Mahavithia telah membanggakan seluruh ahli keluarganya apabila berjaya menggenggam ijazah pada sidang ke-11 Upacara Konvokesyen ke-59 Universiti Sains Malaysia (USM).

Kejayaannya merangkul ijazah itu cukup membuatkan orang ramai kagum dengan perjuangan Mahavithia.

Ketika ditemu bual, graduan Sarjana Muda Sastera ini berkata, bukan mudah untuk dia berada di kedudukannya hari ini.

“Bila ada kelas, saya cukup sukar untuk ke sana disebabkan kekurangan yang dialami. Pernah juga perasaan putus asa itu datang, namun saya kuatkan semangat untuk terus belajar.

“Mujurlah saya mempunyai ramai kawan-kawan yang sedia membantu membawa ke kelas setiap hari tanpa sebarang keluhan,” katanya seperti dipetik dalam portal USM.

Sementara itu, kecacatan dan kekurangan yang ada pada Mahavithia bukanlah satu halangan untuk dia mencipta kejayaan.

Sebaliknya, ia merupakan hadiah istimewa yang mampu mematangkan dan mempersiapkan diri Mahavithia dengan cabaran yang akan datang.

Graduan ini turut menyeru semua pelajar yang mengalami nasib sepertinya untuk bangkit dan mengejar segala impian.

“Lakukan apa yang anda rasa boleh buat, paling penting…anda perlu percaya pada diri sendiri,” ujar Mahavithia.

Artikel berkaitan 

Sering dihina dan dipandang rendah, Ammar kini bergelar graduan University of Manchester

Kepakaran penyelidik UTM dan UiTM dalam teknologi 3D berjaya hasilkan tangan palsu untuk mangsa ragut

“Apa yang kau buat untuk bantu Matiin eh? Nampak dia ok je? Tak nampak pun macam autisme”


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok