university-of-manchester
university-of-manchester

Sering dihina dan dipandang rendah, Ammar kini bergelar graduan University of Manchester

Adlan Farhan Azwan
10 Aug 2022 09:52am
A
A
A

Setiap pelajar pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan sepanjang tempoh pengajian untuk mencapai kejayaan dalam apa juga bidang yang diceburi.

Begitu jugalah apa yang dilalui oleh Ammar Iskandar Nor Hisham yang kini sudah bergelar graduan Sarjana Muda Kejuruteraan dari The University of Manchester, England.

Menurutnya, perjalanan untuk berada di tahap ini amat mencabar kerana dia sering dipandang rendah dan dihina oleh sebilangan masyarakat yang tidak mempunyai kepercayaan terhadap kebolehannya.

“Tiga tahun lalu, saya dibuang, dijauhi, dan dihina. Mereka memberitahu ibu saya, saya tidak akan berjaya kerana saya mendapat B dalam Matematik.

“Hari ini, saya menamatkan pengajian di The University of Manchester dengan Kepujian Kelas Pertama dan menerima Anugerah Stellify.

“Hari ini perasaan marah dan dendam kepada mereka yang pernah memandang rendah pada saya, sudah hilang, tetapi bohong sekiranya saya menafikan kata-kata mereka tidak menyakiti saya pada ketika itu, ” katanya menerusi satu ciapan di laman Twitter.

Ammar (tengah) bersama kedua ibu bapanya. Kredit foto: Twitter @thenamesammaris

Dalam pada itu, Ammar turut berkongsi rahsia kejayaannya iaitu tetap berusaha dan bersemangat meneruskan pembelajaran meskipun menghadapi kesukaran.

“Apa yang boleh kita lakukan adalah bekerja keras dan abaikan cakap-cakap orang kerana universiti merupakan satu perjalanan yang jauh lebih sukar berbanding sekolah menengah.

“Namun, apa yang saya lakukan untuk memperoleh kejayaan pada hari ini adalah melalui disiplin dan bantuan daripada rakan-rakan,” jelasnya.

Bercerita lebih lanjut mengenai pengalamannya di negara orang, tutur anak muda ini, pada tahun pertama pengajian, dia menyewa di loteng yang hanya boleh memuatkan dua orang pada satu masa.

Katanya lagi, melihat akan keadaan itu, ia sememangnya bukanlah satu perkara yang mudah bagaimanapun disebabkan jadual belajar yang padat, sedikit sebanyak dapat mengurangkan masa lapang Ammar untuk berfikir perkara yang tidak berfaedah.

Artikel berkaitan

“Alhamdulillah, I got into Stanford" - Pelajar terharu diterima masuk ke universiti idaman

9 bulan 22 hari Dany Al-Fathoni hafal 30 juzuk al-Quran, hebat didikan mak ayah pelajar MRSM ini

Rutin hafal al-Quran jadi pedoman hidup pelajar PhD di West Virginia University


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok