Pengacara popular, Hawa Rizwana berjaya menamatkan pengajian sarjana di UiTM, tahniah!
Pengacara popular, Hawa Rizwana berjaya menamatkan pengajian sarjana di UiTM, tahniah!

Pengacara popular, Hawa Rizwana akhirnya berjaya menamatkan pengajian sarjana di UiTM, tahniah!

Roshlawaty Md Raieh
30 Nov 2022 03:34pm
A
A
A

Kesibukan sebagai pengacara, pembaca berita, wartawan dan beberapa kerjaya lain tidak menghalang Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 27, menamatkan pengajian peringkat sarjana di Universiti Teknologi Mara (UiTM), baru-baru ini.

Baginya, walau sibuk macam mana sekali pun, menuntut ilmu itu penting kerana ia sebahagian jaminan pada masa hadapan.

Hawa Rizwana yang menerima Ijazah Sarjana Komunikasi Massa pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95 di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam, Selangor berkata, dirinya seorang yang suka menimba ilmu dan jika diberi peluang, dia mahu menyambung pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) kelak.

Mengulas lanjut, anak kelahiran Illinois, Amerika Syarikat yang mendapat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.78 ketika pengajian berkata, cabaran ketika mengikuti sarjana cukup mencabar.

Hawa Rizwana meraikan kejayaan bersama sahabatnya, Najwa. Kredit foto: Instagram Hawa Rizwana.

“Sebagai individu yang sentiasa sibuk dengan kerjaya, memang diakui masa yang ada tidak mencukupi untuk memberi tumpuan antara bekerja dan belajar. Justeru, saya mengambil keputusan meletak jawatan sebagai wartawan penyiaran.

“Alhamdulillah, dengan keputusan tersebut, dapatlah saya bekerja dan mengikuti kuliah dengan teratur kerana jadualnya tidak bertembung.

“Saya juga bersyukur kerana mempunyai sistem sokongan yang kuat yang sentiasa membantu dalam segenap perkara,” ujar wanita jelita itu.

Kredit foto: Instagram Hawa Rizwana

Sementara itu, Sinar Bestari meninjau ruangan komen di laman Instagram Hawa Rizwana sejurus beliau memuat naik kejayaan menamatkan pengajian di universiti berkenaan.

Dalam ruangan tersebut, ramai rakan artis dan juga peminat tampil mengucapkan tahniah di atas kejayaan pengacara popular tersebut.

Sinar Bestari memetik beberapa ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis di Malaysia. Antaranya ialah

Khaibahar94: Tahniah Hawa.

Uyainaarshad: Congratulations beautiful.

Elvinamohamad: Congratulations Hawa.

Azirashafinaz: Congrats hawaaa

Fizoomar: Tahniah dik.

Hattadolmat: Congratulations.

Fizasabjahan: Tahniah Hawa. Let’s celebrate.

Kredit foto: Instagram Hawa Rizwana

Dalam pada itu, istiadat Konvokesyen UiTM ke-95 turut menyaksikan kumpulan graduan cemerlang yang diumumkan penerima anugerah bersempena konvokesyen berkenaan.

Antara yang menerimanya ialah Dr Anis Mardiana Abdullah yang dinobat penerima Anugerah Hadiah Buku Inovasi Malaysian Technology Development Corp dan Muhammad Hail Haris Muhammad Hakim (Anugerah Tokoh Pelajar Fakulti Sains Gunaan).

Turut merangkul anugerah ialah graduan Amirul Solihin Shafiee (Anugerah Naib Canselor Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Elektrik dari Kolej Pengajian Kejuruteraan); Muhammad Shahfarhan Mohamad Yassin (Anugerah Naib Canselor Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Ukur Bahan dari Kolej Pengajian Alam Bina) dan Muhammad Arif Danial Jailani (Anugerah Naib Canselor Ijazah Sarjana Sains Pengurusan Projek Pembinaan Bersepadu dari Fakulti Seni Bina dan Seni Ukur).

Artikel berkaitan 

Rahsia tersembunyi pelajar cemerlang, berikut 9 perkara dikongsi mereka

Anak bekas tukang kasut raih Anugerah Pelajaran Diraja

Anugerah Naib Canselor Sesi Akademik 2021/2022 UKM milik John Sebastian


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok