1
1

Sukarelawan UTHM sertai misi bantuan banjir di Baling, Kedah

Rasyidah Zulkifi
12 Jul 2022 03:06pm
A
A
A

Walaupun berada di selatan tanah air, sukarelawan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor tidak ketinggalan untuk bersama-sama menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian kepala air di Baling, Kedah pada 7 Julai lalu.

Sebelum ini UTHM juga giat menyertai misi bantuan banjir di seluruh negara kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Antaranya mangsa-mangsa bah di Pekan Sungai Lembing, Pahang; Muar, Johor; dan Shah Alam, Klang, Hulu Langat, Selangor.

Baru-baru ini, seramai 47 sukarelawan yang terdiri daripada 10 staf dan 37 pelajar telah dikerahkan ke beberapa lokasi yang dikenal pasti di daerah Baling untuk melakukan kerja-kerja kesukarelawanan.

Sukarelawan UTHM ketika melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah mangsa banjir.

Selain daripada kudrat, sumbangan berbentuk barangan juga diagihkan kepada mangsa-mangsa bah di pusat pemindahan banjir.

Pada masa yang sama, Yayasan UTHM turut menyumbang barangan asas seperti makanan dan keperluan diri bernilai RM10,000 kepada mangsa banjir.

Pengarah, Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM, Haszrinaz Husain@Hashim berkata, dua pelajar universiti berkenaan telah dikenal pasti terlibat dalam bencana tersebut, jadi pihaknya turut menyampaikan sumbangan untuk meringankan beban mereka sekeluarga.

“Semoga usaha kecil ini mampu memberi sedikit keceriaan kepada mangsa banjir untuk menyambut Aidiladha, di samping dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mereka,” katanya.

Bagi warga kampus dan orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan kewangan bagi menjayakan Misi Bantuan Banjir UTHM ini boleh salurkan melalui Akaun Yayasan UTHM, Bank Rakyat 1101-6862-87.

Artikel berkaitan

UTHM kenal pasti 25 tapak sejarah dan budaya, berpotensi sebagai aset warisan Batu Pahat

UTHM sumbang RM90 ribu untuk keperluan mangsa banjir negara

Berkat doa ibu bapa dan pensyarah, sukarelawan ini turut cemerlang akademik

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok