1357353
1357353

Tanah runtuh berhampiran UIAM pertama kali berlaku

webadmin
29 Dec 2021 11:21am
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kejadian tanah runtuh di kawasan asrama lelaki Mahallah Zubair, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, di sini merupakan yang pertama berlaku sejak penubuhannya pada tahun 1983 susulan hujan lebat 6 petang kelmarin.

Pegawai Perhubungan Awam UIAM, Roslan Rusly, berkata pihaknya mengambil tindakan proaktif sejurus menyedari kejadian yang berlaku di Blok C Mahallah Zubair itu dengan menempatkan seramai 128 pelajar di kediaman lain atas faktor keselamatan.

Beliau berkata ketika kejadian, pihaknya turun ke lokasi dan memindahkan kesemua penuntut ke blok yang kosong kerana struktur bangunan terjejas dikhuatiri tidak selamat.

BACA JUGA: UMT gerak skuad banjir, agih sumbangan RM22,400

BACA JUGA: Politeknik Merlimau salur bantuan kepada mangsa banjir

"Semalam, pihak bomba datang dan membuat penilaian awal struktur bangunan. Selain bomba, Majlis Perbandaran Selayang, Jabatan Kerja Raya dan Unit Pembangunan UIAM turut memantau perkembangan semasa bangunan itu, katanya kepada Bernama hari ini.

Mahasiswa jurusan seni bina landskap Faris Syahmi A. Rahman, 20, berkata beliau tidak menyangka akan berlaku insiden tanah runtuh di blok berhampiran.

Mahasiswa jurusan kejuruteraan komputer Azrin Saedi, 28, pula berkata semasa kejadian, beliau tidak mendengar sebarang bunyi tanah runtuh berhampiran blok asramanya.

"Semalam hujan lebat pada 6 petang dan saya hanya mengetahui kejadian itu menerusi WhatsApp yang dikongsikan rakan asrama.

"Bagaimanapun, pihak pengurusan UIAM telah menutup kawasan tanah runtuh dengan kain kanvas dan tidak membenarkan mana-mana pihak memasuki kawasan itu, katanya.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati saliran air dan kawasan sekitar tempat parkir di asrama terlibat dipenuhi kesan lumpur susulan hakisan tanah yang berlaku.

Semalam, Bernama melaporkan kira-kira 128 penghuni asrama lelaki UIAM di Gombak diarah mengosongkan premis itu selepas satu kejadian mendapan jalan serta tanah runtuh dikesan berhampiran bangunan tersebut.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Kejadian itu dikesan pada 6.45 petang berikutan aduan pelajar di kawasan terbabit dan tinjauan mendapati keluasan mendapan jalan adalah kira-kira lima meter persegi melibatkan kedalaman kira-kira tiga meter.

-BERNAMA

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok