IMG_20220809_111343 (1)
IMG_20220809_111343 (1)

Taylor’s University labur lebih RM1 juta bangunkan Makmal VORTEX XR

Norliza Wasilan
10 Aug 2022 09:31am
A
A
A

Taylor’s University melabur lebih RM1 juta membangunkan Makmal VORTEX XR bagi mewujudkan suasana pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang lebih mengasyikkan.

Menurut Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademiknya, Profesor Dr Pradeep Nair, VORTEX XR yang bermaksud Virtual Online Future and Extended Reality itu berupaya mendekatkan masyarakat, pelajar dan pengajar mengenai teknologi terkini.

Ujarnya, makmal itu dilengkapi perisian dan perkakasan realiti terimbuh, maya dan lanjutan yang akan memacu penggunaan Extended Reality (XR).

“Dengan VORTEX, semua pelajar di universiti dan kolej akan didedahkan kepada satu bentuk teknologi yang mengasyikkan.

“Ini adalah sebahagian daripada perjalanan Taylor’s University membuat transformasi kepada kokurikulum dan pedagogi untuk menggabungkan kemahiran teknologi dan modul ke dalam program ijazah sarjana muda sebagai persediaan menyediakan graduan untuk pekerjaan masa hadapan.

“Makmal VORTEX ini membabitkan kemudahan seperti Studio Skrin Hijau, aplikasi XR dan pentas LED yang dikuasakan Zero Density, bilik Realiti Campuran yang Mengasyikkan, Pameran VR yang akan dipasangkan di kepala yang dikuasakan oleh Meta Quest dan HTC dan dua Stesen HoloLens,” ujarnya pada majlis Pelancaran Makmal Vortex XR di universiti itu, pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Makmal VORTEX XR dan pensyarah Kanan Fakulti Rekaan Taylor’s University, Dr Charles Sharma Naidu berkata, makmal itu juga akan berfungsi sebagai Pusat Inkubasi XR yang akan membabitkan tiga komponen iaitu Perkhidmatan XR, Tindakan XR, serta Sokongan dan Penyelidikan XR.

Mengulas lanjut, Perkhidmatan XR merujuk kepada penyediaan sokongan teknikal dan latihan bagi akademik; Tindakan XR pula memudahkan projek, mencari dana dan pengkomersilan; manakala Sokongan dan Penyelidikan XR pula bagi tujuan penyelidikan dan kesedaran berkaitan teknologi itu.

“Bagi menyokong visi ini, VORTEX XR bekerjasama dengan beberapa rakan industri seperti Ministry XR bagi penggunaan Teknik Mengasyikkan dan Broadcast Elements yang ditugaskan untuk integrasi siap guna, latihan dan pengeluaran produk.

“Makmal ini adalah ruang eksperimen yang selaras dengan ekosistem Taylor’s Sphere yang melengkapkan graduan dengan kemahiran dan pengalaman yang betul untuk menangani masalah dunia sebenar dan masa depan,” katanya.

Artikel berkaitan

Hasilkan pakaian guna tekstil kitar semula, pelajar Taylor’s University sokong Matlamat SDG

Transformasi Digital SK Bukit Rimau, tingkatkan produktiviti dan kemahiran penggunaan teknologi

Transformasi Digital SK Bukit Rimau, tingkatkan produktiviti dan kemahiran penggunaan teknologi


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok