Gambar 3- Antara warga UPSI yang menghadiri program Perhimpunan Bulanan UPSI di Stadium UPSI
Gambar 3- Antara warga UPSI yang menghadiri program Perhimpunan Bulanan UPSI di Stadium UPSI

Terima 1,500 kunjungan, sambutan Bulan Kebangsaan UPSI meriah!

Rasyidah Zulkifi
19 Sep 2022 12:25pm
A
A
A

Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat di mana tanah air mencapai kemerdekaan dan bebas daripada cengkaman penjajah.

Semestinya rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menyambut Hari Kebangsaan di serata tempat baik di peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi (IPT).

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak turut menyambut acara kebangsaan berkenaan bersama kakitangan seperti yang diadakan, baru-baru ini.

Dalam majlis itu, seramai 1,500 staf berhimpun di Stadium UPSI, Kampus Sultan Shah, Proton City seawal pukul 7.00 pagi.

Mereka mengenakan busana bertemakan warna bendera Jalur Gemilang iaitu merah, putih, biru dan kuning.

Menurut Naib Canselornya, Profesor Datuk Md Amin Md Taff, daerah Muallim merupakan bumi nasionalisme dan semua warga UPSI harus menghargai semangat patriotisme yang sudah dipupuk sejak dari zaman legasi Sultan Idris College (SITC).

“Sejak zaman SITC , Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI), ramai pengarang kreatif dilahirkan termasuk Shahnon Ahmad, Nordin Hassan, S Othman Kelantan, Ahmad Kamal Abdullah (Kemala) dan Datuk Rahman Shaari.

“Saya berharap semua kakitangan berkorban tenaga demi kecemerlangan UPSI dan negara yang tercinta,” katanya yang turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Menghias Pejabat Sempena Bulan Kebangsaan 2022.

Johan dimenangi Fakulti Sains dan Matematik (FSM), naib johan dimenangi Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan tempat ketiga dimenangi Bahagian Hal Ehwal Akademik.

Dalam pada itu, Md Amin juga menyampaikan hadiah kepada pemenang Karnival Sukan Staf dan Seni UPSI (KIESTA) 2022 yang menyaksikan johan disandang Rumah Za'ba, naib johan, Rumah Kapten Yazid dan ketiga dimenangi Rumah Harun Aminurrashid.

Pada majlis itu, seramai 720 kakitangan membuat formasi berbentuk bendera Jalur Gemilang daripada payung yang menarik perhatian hadirin.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr Norkhalid Salimin; Pendaftar, Helmi Zaifura Abdul Rahman dan Bendahari, Mohamad Najib Mohamed.

Artikel berkaitan 

UTeM lancar bulan kebangsaan dan kempen kibar Jalur Gemilang 2021 secara maya

Warga universiti semarakkan Bulan Kebangsaan dengan kibar Jalur Gemilang dan bendera negeri

Pelancaran Arca 50 Tahun UPM, Sistem Maklumat Alumni dan Buggy Putrabiz@Alumni meriah!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok