PicsArt_09-15-09.09.42-1024x514
PicsArt_09-15-09.09.42-1024x514

UMT, TSIS meterai kerjasama strategik, tingkat ekonomi melalui pelabuhan

Mohd Khairi Mohamad Yusri
17 Dec 2021 08:43am
A
A
A

SHAH ALAM - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah memeterai perjanjian persetujuan dengan Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) untuk menjalankan kajian berkaitan peluang dan strategi pelaksanaan pembangunan hub logistik pantai timur di Terengganu.

Naib Canselor UMT, Prof Dr Mazlan Abd Ghaffar berkata, kerjasama itu meliputi kajian berkaitan faktor-faktor yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi negeri Terengganu.

“UMT merupakan universiti berfokus maritim serta mempunyai aset-aset penyelidikan dan sumber kepakaran dalam bidang maritim dan kelautan.

“Projek ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor utama yang mempengaruhi pembangunan hub logistik di pantai timur Semenanjung, mengkaji hubungan diantara pelabuhan dengan hub logistik dan implikasi hub logistik terhadap pembangunan wilayah di pantai timur Semenanjung dan akhirnya mencadangkan strategi untuk mewujudkan hub logistik Terengganu.

BACA JUGA:Pasangan kembar antara 309 graduan kelas pertama dirai dalam Majlis Konvokesyen UMT

BACA JUGA: UMT bantu rancakkan EduTourism di Terengganu

“Hasil dapatan kajian ini akan digunakan sebagai garis panduan utama bagi strategi pelaksanaan pembangunan hub logistik pantai timur di Terengganu yang seterusnya menyumbang kepada pembangunan wilayah yang lebih efektif dan lestari.

Tambahnya, UMT melalui Fakulti Pengajian Maritim telah berjaya menubuhkan Jurnal Logistik Maritim (JML) bagi penerbitan kajian ilmiah yang khusus dalam bidang logistik dan pengurusan maritim berkualiti yang turut menyumbang kepada penjenamaan dan keterlihatan universiti.

“JML akan menjadi platform pengumpulan artikel ilmiah mengenai topik yang berkaitan dengan isu dalam industri maritim terutamanya berkaitan hasil penyelidikan dan analisis terkini mengenai perkapalan dan pelabuhan serta beberapa bidang utama termasuk logistik, dasar, operasi, logistik, pengurusan dan navigasi yang berkaitan dengan tiga agenda utama iaitu aktiviti lautan, pelabuhan laut dan kawasan pedalaman.

“Sebagai sebuah universiti awam yang sering dijadikan rujukan, saya mengalu-alukan dan sentiasa bersedia untuk berkolaborasi dengan agensi luar demi kemajuan dan manfaat bersama yang akhirnya memberi impak yang baik kepada komuniti juga negeri Terengganu,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok