upm- rozaidi
upm- rozaidi

UPM raih kemenangan berganda Anugerah Inovasi negeri Selangor 2022

Norliza Wasilan
14 Oct 2022 12:25pm
A
A
A

Universiti Putra Malaysia (UPM) mencipta kemenangan berganda apabila diumumkan sebagai johan di Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2022 kategori Kluster Teknologi Maklumat dan Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Kejayaan itu diraih Profesor Ts Dr Zuriati Ahmad Zulkarnain dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) bagi kategori Kluster Teknologi Maklumat.

Manakala Profesor Ir Dr Aduwati Sali dari Pusat Penyelidikan Wireless and Photonics Networks Research Centre (WiPNET) serta Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) UPM pula untuk kategori IPT.

UPM turut mencatat kejayaan manis apabila Rozaidi Md Yusof dari Pusat Pertanian Putra meraih naib juara bagi kategori IPT untuk anugerah yang sama.

Kemenangan Zuriati adalah hasil ciptaannya mengenai Teknologi ZWallet iaitu aplikasi tanpa wang tunai yang selamat serta fleksibel dan Teknologi Blockchain.

Zuriati (dua dari kiri) menerima hadiah daripada Haris (tengah) pada Majlis 3rd Selangor R&D and Innovation Expo (SRIE) 2022 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC), baru-baru ini.

Kemenangan tersebut menyaksikan beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 beserta sijil penyertaan.

Mengulas mengenai kejayaan itu, Zuriati melahirkan kesyukuran serta kegembiraannya apabila berjaya mengharumkan nama fakulti dan juga UPM.

“Kemenangan ini amat bermakna bagi saya kerana dapat mengharumkan nama UPM secara amnya dan FSKTM secara khususnya.

“Kemenangan ini juga sangat signifikan dalam memastikan keselamatan setiap transaksi yang berlaku melalui wallet digital.

“Sekiranya kesemua transaksi digital selamat digunakan, ia akan membantu meningkatkan kehidupan masyarakat digital yang lebih dinamik,” ujarnya seperti dipetik laman sesawang UPM, baru-baru ini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis 3rd Selangor R&D and Innovation Expo (SRIE) 2022 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC), baru-baru ini.

Aduwati (tiga dari kanan) menerima hadiah daripada Haris (dua dari kanan). Foto/UPM.

Hadiah disampaikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim dan turut hadir, Pengarah Putra Science Park (PSP) UPM, Profesor Ir Dr Kamarul Arifin Ahmad.

Aduwati yang menghasilkan inovasi membabitkan projek NET-PEAT: Sistem Pencegahan Dan Amaran Awal Kebakaran Tanah Gambut Menggunakan Sistem loT membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 beserta sijil.

Rozaidi meraih naib juara bagi kategori IPT untuk inovasi Projek Putra Pro-Cut and Putra Fast-Snap: radas inovatif untuk teknik mengetut (marcotting) pokok. Foto/UPM.

Rozaidi pula membawa hadiah wang tunai RM2,500 beserta sijil untuk Projek Putra Pro-Cut and Putra Fast-Snap: radas inovatif untuk teknik mengetut (marcotting) pokok.

Artikel berkaitan

Penyelidik UPM guna teknologi retort bagi inovasi sos labu

Penyelidik UPM guna teknologi retort bagi inovasi sos labu

Hadir pendaftaran UM seorang diri dengan motosikal, Lai Kiat mahu balas jasa ayah besarkan adik-beradik


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok