269813026_294663126033311_8505491584948260666_n
269813026_294663126033311_8505491584948260666_n

UPM sasar jimat RM141 juta bil elektrik guna sistem solar PV

Adlan Farhan Azwan
07 Jan 2022 04:18pm
A
A
A

SERDANG - Universiti Putra Malaysia (UPM) menyasarkan penjimatan bil elektrik sebanyak RM114 juta menerusi pemasangan sistem solar jenis fotovoltaik (PV) untuk tempoh 25 tahun.

Naib Canselor UPM, Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman, berkata projek berkapasiti 16.18 mega watt peak (MWp) itu, merupakan projek solar terbesar antara universiti awam (UA) di negara ini.

Beliau berkata, kerja-kerja pemasangan di 16 tapak sekitar universiti itu akan bermula hujung bulan ini dan dijangka siap pada Julai depan.

Katanya, panel solar akan dipasang antaranya pada bahagian bumbung fakulti, masjid dan bangunan pentadbiran, selain di tasik bagi projek solar terapung laitu Hidroponik Aquavoltaik Bersepadu Skala Besar Pertama untuk tujuan penyelidikan antara UPM dan Tenaga Nasional Bhd (TNB).

BACA JUGA: UUM meterai MoU martabatkan keusahawanan

BACA JUGA: UMS – Petronas Meterai Perjanjian Bidang Teknikal

"Kami akan guna pakai segala ruang yang kosong dalam UPM untuk meletakkan panel solar," katanya kepada media selepas majlis menandatangani Perjanjian Bekalan Tenaga Boleh Baharu (SARE), di sini, hari ini.

Di bawah perjanjian itu, GSPARX Sdn Bhd, sebuah anak syarikat TNB, akan memasang sistem solar di UPM dengan kos pemasangan RM45 juta dibiayai TNB.

Menurut Mohd Roslan lagi, bil elektrik UPM yang meliputi kampus Serdang dan Hospital Pengajar mencecah RM40 juta setiap tahun dan ia merupakan satu jumlah besar yang perlu diperuntukkan daripada perbelanjaan mengurus universiti.

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad dalam ucapannya pada majlis itu berkata, menerusi projek solar PV itu, dianggarkan antara 50 dan 60 peratus penjimatan bil dapat dilaksanakan.

Ikuti GPSBestari Twitter dan Facebook

"Penjimatan ini semestinya dapat membantu pihak UA untuk mengekalkan kelestarian sumber kewangan, di samping boleh menggunakannya untuk perkara-perkara lain yang lebih penting," katanya dalam ucapan yang dibacakan Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar. - BERNAMA

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok