WhatsApp Image 2022-04-22 at 10.48.45 PM (1)
WhatsApp Image 2022-04-22 at 10.48.45 PM (1)

UPSI sahut inisiatif Micro Credential KPT, jalin kerjasama dengan MQA

Adlan Farhan Azwan
25 Apr 2022 02:46pm
A
A
A

TANJUNG MALIM – Kepesatan perkembangan teknologi Revolusi Industri 4.0 hari ini memperlihatkan potensi besar usaha memperkembang pendidikan dalam ekosistem industri tanah air.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyahut inisiatif Micro Credential yang diusahakan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk melestarikan perkembangan pendidikan semasa.

Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff, sebagai universiti pendidikan terulung negara, UPSI sentiasa cakna terhadap kepentingan pendidikan dengan memberi kerjasama jitu kepada mana-mana pihak untuk mencapai hasrat KPT.

Baca juga

MQA jalin kerjasama dengan 8 IPT tempatan

665 pelajar baharu UPSI disaran amal budaya ‘BAIKK’

“Melalui inisiatif Micro-Credentials yang telah dilaksanakan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), ia membolehkan calon-calon pelajar mengambil kursus yang sesuai di institusi pengajian tinggi (IPT), sekali gus memanfaat kerjasama industri untuk menghasilkan produk-produk pendidikan yang membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan.

“Menerusi manfaat yang sama, ia dapat membantu menyokong ‘edutourism’ dan menawarkan akses pembelajaran dalam talian kepada pelajar di luar negara, sekali gus membantu melonjakkan usaha negara untuk mencapai 250,000 pelajar antarabangsa menjelang tahun 2050,” katanya selepas menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara MQA dengan Pemberi Pengajian Tinggi (PPT) di Putrajaya, baru-baru ini.

Turut hadir, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Sementara itu, Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, Profesor Madya Dr Maizatul Hayati Mohamad Yatim berkata, UPSI juga komited membangunkan kursus Micro-Credentials menerusi 20 buah kursus ditawarkan di sembilan buah fakulti di UPSI.

Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, Profesor Madya Dr. Maizatul Hayati Mohamad Yatim

“UPSI juga merancang untuk menghasilkan 10 kursus Micro-Credentials baharu berbentuk Stand-Alone Micro-Credentials (SAMC) selain tiga kursus Micro-Credentials yang masing-masing dibangunkan oleh Salman Firdaus Sidek, Dr Nooraisah Katmun @ Katmon dan Profesor Madya Dr Mononmani Devi M.A.R. Annamalai,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok