USIMPrihatin di Kemaman (3)
USIMPrihatin di Kemaman (3)

USIMPrihatin di Kemaman, hulurkan bantuan bagi ringankan beban mangsa banjir

Adlan Farhan Azwan
04 Mar 2022 06:34pm
A
A
A

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menggerakkan kumpulan pertama sukarelawannya terdiri daripada kakitangan dan pelajar ke Kemaman, Terengganu bagi Misi USIMPrihatin pasca banjir.

Seramai 47 sukarelawan terdiri daripada 39 orang pelajar dan lapan kakitangan telah bertolak ke Kemaman pada hari ini dan akan berada di sana sehingga Ahad nanti.

Lokasi di Kemaman yang menjadi fokus pasukan Misi USIMPrihatin ialah Kampung Air Puteh dengan menumpukan kepada operasi pencucian kediaman penduduk kampung yang terjejas, Sekolah Kebangsaan (SK) Air Puteh dan Masjid Kampung Air Puteh.

Kumpulan sukarelawan pelajar USIM menyiapkan keperluan pembersihan dan barangan keperluan untuk di bawa ke Kemaman, Terengganu.

Baca juga

Jalinan kerjasama Universiti UCSI dan UCSI Hospital bersama USIM, pertukaran kakitangan akademik dan penyelidik

2 alumni Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah USIM, kini pengasas Banat Sandwich

Selain itu turut dilaksanakan adalah agihan sumbangan barangan asas seperti makanan, keperluan bayi, ubat-ubatan, tilam dan bantal.

Menurut penuntut Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah yang mengetuai kumpulan sukarelawan pelajar dalam misi ini, Umairatul Izzah Md Ariff Maricar, 24, sambutan yang diterima oleh mahasiswa USIM untuk bersama-sama dalam bantuan pasca banjir ini amat baik.

“Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bertanggungjawab dalam menyelaras penglibatan pelajar dan kita hanya memerlukan sekitar 30 orang sukarelawan sahaja bagi misi ini tetapi permohonan yang diterima mencecah lebih 70 orang.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Ini menunjukkan siswa USIM amat prihatin dan bersedia untuk membantu masyarakat yang memerlukan dan terjejas dengan bencana banjir ini. Di pihak MPP sendiri, seramai 10 orang turut bersama ke Kemaman.

“Mahasiswa sentiasa bersedia untuk membantu masyarakat dalam pelbagai cara dan kita sebelum ini turut menjalankan misi pasca banjir pada penghujung tahun lalu membabitkan kawasan di Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang” ujar beliau yang juga merupakan Exco Kesukarelawanan dan Kemanusiaan MPP USIM.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok