Untitled design (30)
Untitled design (30)

USM Outshine beri pendedahan tentang kemudahan asrama di luar negara

Azleenda Sahaludin
25 Nov 2022 06:10pm
A
A
A

Kemudahan asrama bagi penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan satu aspek penting yang perlu diberi keutamaan dalam usaha memberi keselesaan sama ada dari sudut fasiliti mahupun suasana.

Untuk itu, sebuah program USM Outshine telah dianjurkan pada sidang akademik lepas 2021/2022 oleh Majlis Penghuni Desasiswa Jaya Lembaran Utama (MPDJLU) dengan kerjasama Majlis Yang Dipertua Majlis Penghuni Desasiswa (MYDP MPD).

Program ini bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada mereka yang terlibat mengenai kemudahan dan infrastruktur asrama universiti lain di luar negara.

Tahun ini Universiti Sains Malaysia (USM) telah menghantar 26 pelajar yang terdiri daripada MYDP MPD serta 11 pegawai desasiswa penginapan dari semua kampus ke Universiti Toyo dan Universiti Tsukuba di Jepun pada 23 November lalu dan dijangka pulang ke Malaysia pada 29 November ini.

Ketua delegasi, Rashid Rejab ketika sesi pertukaran cenderamata bersama pihak Universiti Tsukuba.

Ketua Delegasi Program, Rashid Rejab berkata, program ini membuka mata dan minda pelajar untuk mencari ilham dalam menambah baik kemudahan sedia ada di asrama.

“Dengan melihat sendiri bagaimana pelajar universiti luar negara mengurus dan mentadbir asrama, ia memberi peluang kepada pelajar USM untuk mempelajari dan mengaplikasikannya di asrama nanti,” katanya.

Muhammad Aarif Mohd Foudzi, salah seorang peserta yang terlibat ke lawatan universiti di Jepun.

Selain itu, menurut salah seorang pelajar yang menyertai program tersebut, Muhammad Aarif Mohd Foudzi, lawatan ini juga bertujuan untuk bertukar maklumat dan pendapat tentang sistem dan kaedah pengurusan, fasiliti, yuran dan beberapa masalah lain yang berkait dengan penghuni asrama.

“Maklumat dan pendapat ini akan menjadi satu idea baru buat kami untuk tambah baik fasiliti dan perkhidmatan memandangkan kami memegang jawatan sebagai perantara antara pihak universiti dan pelajar,” ujarnya.

Tambah Muhammad Aarif, idea baru yang diterima dari Universiti Tsukuba dengan menetapkan penginapan pelajar yang bercampur antara tempatan dan antarabangsa dilihat sebagai satu keunikan.

“Saya merasakan ia satu idea yang baik dalam usaha mendidik sifat merendah diri dan menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza bangsa dan negara,” Tambahnya lagi.

Dalam pada itu, program ini turut menyahut hasrat USM dalam mengetengahkan ‘Satu Pelajar Satu Paspport’ bagi menggalakkan pelaksanaan program atau aktiviti di bawah universiti ke peringkat antarabangsa.

Artikel berkaitan

3 pelajar USM lakar kejayaan dalam pertandingan ICT

INNO4C USM bantu penternak B40 di Sarawak tingkatkan pasaran madu kelulut

Kerjasama BJIM USM dan TERAJU perkasakan produk gula apong


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok