USM terima geran RM1 juta, universiti pertama cipta kerjasama

Adlan Farhan Azwan
07 Jan 2022 07:42pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Micron Malaysia sebanyak RM1 juta sebagai geran penyelidikan.

USM merupakan rakan universiti tempatan pertama yang menerima pembiayaan daripada Micron Technology, Inc. dengan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak di Taman Perindustrian Batu Kawan pagi ini.

Dalam satu kenyataan oleh Micron Technology, Inc., pihaknya akan melabur RM1 juta untuk mengukuhkan kerjasama, penyelidikan dan projek pembangunan dengan universiti tempatan dalam tempoh lima tahun akan datang. Pembiayaan akan disalurkan kepada geran yang menyokong penyelidikan dalam bidang bahan semikonduktor, pembuatan pintar dan kecerdasan buatan.

BACA JUGA: UUM meterai MoU martabatkan keusahawanan

BACA JUGA: UMT, TSIS meterai kerjasama strategik, tingkat ekonomi melalui pelabuhan

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata pembiayaan geran RM1 juta kepada universiti tempatan oleh Micron hari ini mengukuhkan lagi komitmen syarikat untuk menggunakan kepimpinan, pengaruh dan sumbernya untuk mencipta perubahan positif, di samping usaha tanpa henti dalam kesejahteraan pekerja, kemampanan, dan tanggungjawab sosial korporat.

Menurut Naib Presiden Korporat dan Pengurus Negara Micron Malaysia, Amarjit Singh Sandhu, pembiayaan dan kerjasama dengan universiti tempatan akan mengukuhkan ekosistem semikonduktor tempatan, memajukan R&D dan mendalami sains, teknologi dan kemahiran kejuruteraan dalam kumpulan bakat tempatan.

“Langkah itu bertujuan untuk memacu pertumbuhan dalam kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Pembiayaan akan disalurkan kepada geran yang menyokong penyelidikan dalam bidang bahan semikonduktor, pembuatan pintar dan kecerdasan buatan yang merupakan kunci kepada kemajuan pembuatan teknologi di negara ini,” - jelas beliau.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

Turut hadir adalah Naib Canselor USM, Prof. Datuk Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Prof Datuk Dr Abdul Rahman Mohamed.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok