UTeM jayakan projek komuniti bangunkan Sudut Hikmah di masjid
UTeM jayakan projek komuniti bangunkan Sudut Hikmah di masjid

UTeM jayakan projek komuniti bangunkan Sudut Hikmah di masjid

Roshlawaty Md Raieh
13 Aug 2022 08:55am
A
A
A

Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus menyerlahkan peranan dan cakna kepada komuniti setempat dengan menjayakan projek komuniti membangunkan ruang bacaan di Masjid Al Ghaffar, Jasin, Melaka, baru-baru ini.

Projek komuniti yang dikenali ‘Sudut Hikmah’ itu telah disediakan oleh 12 staf Perpustakaan Laman Hikmah (PLH) UTeM dan dibantu ahli jawatakuasa masjid berkenaan.

Timbalan Ketua Pustakawan PLH UTeM, Siti Saluwa Jamal berkata, antara objektif program ini adalah melaksanakan tanggungjawab sosial kepada komuniti setempat khususnya sekitar UTeM.

Malah ia juga menyokong pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat di samping menggalakkan keterlibatan staf perpustakaan dalam program yang berbentuk perkhidmatan kepada komuniti.

Menurut Siti Saluwa, gerak kerja menaik taraf sudut bacaan sedia ada dan penambahan beberapa peralatan bagi menceriakan sudut bacaan masjid sudah pun dilakukan baru-baru ini.

“Beberapa buah buku telah diletakkan di Sudut Hikmah dan ada antaranya sumbangan PLH UTeM,” katanya

Sambung beliau, projek berkenaan adalah yang pertama dilaksanakan di institusi masjid berbanding sebelum ini hanya berfokus kepada sekolah sekitar negeri Melaka.

“Semoga usaha yang dijalankan dapat memberi manfaat dan impak kepada semua pihak serta dapat memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan warga universiti,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Agama Islam Daerah Jasin, Ustaz Muhammad Mawardi Shafai mengucapkan terima kasih kepada warga PLH UTeM atas inisiatif dan pelaksanaan projek yang dapat memupuk dan menyemarakkan budaya membaca.

Beliau mengharapkan projek sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang dan seterusnya pihak universiti dapat menjadikan Masjid Al Ghaffar sebagai ‘anak angkat’ bagi kelestarian Sudut Hikmah kelak.

Artikel berkaitan 

Raih 10 pingat, UTeM menang besar di ITEX 2022 

Pasukan debat UPM bawa pulang gelaran juara dan pendebat terbaik. Apa rahsia mereka? 

Kepakaran penyelidik UTM dan UiTM dalam teknologi 3D berjaya hasilkan tangan palsu untuk mangsa ragut


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok