Untitled design (1)
Untitled design (1)

Variasiswa USM 2022 lebih meriah selepas dua tahun Covid-19

Azleenda Sahaludin
07 Nov 2022 02:11pm
A
A
A

Selepas dua tahun berdepan dengan pandemik Covid-19 yang menyekat segala aktiviti fizikal, Variasiswa 2022 Universiti Sains Malaysia (USM) tampil lebih meriah dengan persembahan daripada pelajar-pelajar Tahun Satu.

Variasiswa yang merupakan pertandingan melibatkan persembahan nyanyian, lakonan dan sajak dalam kalangan pelajar Tahun Satu, mewakili setiap lapan desasiswa penginapan USM dari tiga kampus iaitu kampus induk, kampus kejuruteraan dan kampus kesihatan.

Antara desasiswa penginapan yang menyertai pertandingan tersebut adalah Desasiswa Tekun, Desasiswa Restu, Desasiswa Indah Kembara, Desasiswa Saujana, Desasiswa Aman Damai dan Desasiswa Cahaya Gemilang Harapan dari kampus induk.

Manakala, Desasiswa Jaya Lembaran dari kampus kejuruteraan dan Desasiswa Murni Nurani dari kampus kesihatan.

Dengan bertemakan ‘Back To Campus’, persembahan para pelajar ini perlu mempunyai unsur budaya dan norma baharu dalam kehidupan seharian di kampus selepas negara mengalami pandemik Covid-19.

Menurut Pengarah Projeknya, Muhammad Zikri Rosle, menerusi pertandingan ini, ia dapat memperlihatkan semangat pelajar baru dalam menonjolkan bakat dan menjadi pelapis untuk universiti.

“Dari pihak saya sendiri, segala persiapan bersama USM di bawah Pusat Pembangunan Bakat telah dilakukan agar segala-galanya berjalan dengan lancar dan pencarian bakat baru dapat dilaksanakan.

“Pertandingan Variasiswa kali ini sangat luar biasa mungkin disebabkan dua tahun kita tidak ada aktiviti fizikal sebegini dan kali ini juga kami turut mendapat bantuan dan bimbingan dari pihak Program Pembimbing Siswa Lestari (PPSL) yang membimbing peserta sama ada dari sudut persembahan mahupun persediaan keperluan lain,” katanya ketika ditemui selepas tamat Variasiswa di Dewan Tuanku Syed Putra, USM.

Jelasnya lagi, selain menonjolkan bakat-bakat baru, pelajar Tahun Satu juga boleh membina hubungan dengan warga kampus.

Desasiswa penginapan Tekun juara bagi Variasiswa 2022.

Dalam pada itu, desasiswa penginapan Tekun telah menjuarai pertandingan tersebut  selepas lima tahun gelaran itu disandang desasiswa penginapan lain.

Artikel berkaitan:

8 tarian tradisional di Malaysia yang perlu pelajar ketahui

USM prihatin, sediakan bantuan khas kepada pelajar

Rentak Budaya gabung muzik tradisional dan moden


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok