Untitled design
Untitled design

10 marketplace yang boleh pasarkan produk anda

Mariatul Qatiah Zakaria
13 Jul 2021 04:30pm
A
A
A

Hari ini dunia perniagaan dalam talian dilihat semakin meriah apabila masing-masing mengambil peluang untuk menjana pendapatan sampingan.

Tanpa mengira lapisan masyarakat, pelbagai produk berada di pasaran dalam usaha memenuhi permintaan ramai.

Jika sebelum ini ramai yang memilih media sosial seperti Facebook (FB) dan Instagram (IG) sebagai medium jualan produk masing-masing, tapi hari ini marketplace mula menjadi pilihan ramai.

Bukan sahaja mudah untuk diuruskan, mereka juga berpendapat dengan memasarkan produk di marketplace mereka tidak perlu bersusah payah melakukan pemasaran kerana pastinya setiap hari ada sahaja yang berkunjung ke kedai maya mereka.

Jom! Kali ini Sinar Bestari membawa anda terokai 10 marketplace yang cukup popular di negara ini dalam memasarkan produk ke serata tempat.

1) Shopee

Shoppe ialah platform e-dagang di bawah Sea Group yang ditubuhkan pada 2009. Pembeli pertama dilancarkan di Singapura pada 2015 dan kemudiannya diperluaskan ke Malaysia, Thailand, Taiwan, Indonesia, Vietnam dan Filipina. Ia memberi pengguna di Asia Tenggara untuk membeli dan menjual produk secara dalam talian. Sehingga April lalu, bilangan pengguna webnya melebihi 46 juta kunjungan

2) Lazada

Berpangkalan di Kuala Lumpur, Lazada Malaysia adalah salah sebuah cawangan Lazada Group, sebuah syarikat swasta e-dagang yang turut beroperasi di beberapa buah negara di Asia Tenggara termasuklah Indonesia, Singapura, Thailand dan Vietnam. Bermula pada 2013, Lazada Malaysia telah diiktiraf sebagai pusat membeli belah dalam talian terbesar di Malaysia. Sehingga Mac 2016, Lazada Malaysia secara khususnya mempunyai lebih daripada 5 juta produk, 800 pekerja, 10,000 penjual dan dua gudang di Subang Jaya, Selangor; dan Kuching, Sarawak.

3) PGMall

PGMall telah diasaskan oleh Pengerusi Eksekutif PG Group, Datuk Wira Louis Ng. Ditubuhkan pada 2017, ia merupakan sebuah platform membantu peniaga mempelbagaikan perniagaan mereka dari prespektif global. Sehingga April tahun lalu, PGMall mempuyai lebih kurang 1 juta pelanggan di seluruh Asia Tenggara. Sesiapa sahaja yang memasarkan produk di platform ini, ia dapat membantu memasarkannya ke peringkat antarabangsa.

4) Carousell

Carousell merupakan marketplace yang menjual barangan baharu dan terpakai. Ditubuhkan pada 2012, Carousell kini antara marketplace yang menjadi tumpuan individu yang ingin menjual barangan terpakai.

5) Lelong

Merupakan yarikat e-dagang tempatan terbesar sekitar tahun 1998. Lelong merupakan salah satu marketplace berbayar untuk anda memulakan kedai. Pada 2009, Lelong melancarkan pusat membeli belah B2C - Superbuy. Ketika ini PayPal mula menyokong Ringgit Malaysia dan pengeluaran kepada bank-bank tempatan.

6) Jom Shop

Jom Shop merupakan platform membeli belah yang baharu diperkenalkan di bawah Karangkraf. Ia bersiaran di Facebook Sinar Harian dan YouTube SinarPlus pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat pada jam 11 pagi. Untuk memudahkan pelanggan, Jom Shop juga bersiaran di Shopee.

7) Zalora

Zalora adalah peruncit fesyen dan kecantikan dalam talian yang menjual pakaian, aksesori, kasut dan produk-produk kecantikan untuk wanita dan lelaki. Selain di Malaysia, Zalora juga bertapak di Hong Kong, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Brunei, Australia dan New Zealand. Zalora menjual barangan daripada jenama antarabangsa dan juga jenama tempatan di setiap negara yang beroperasi.

8) Youbeli

Youbeli.com tersenarai dalam 10 kedudukan marketplace popular di Malaysia. Ia menyediakan tempat untuk dikunjungi sesiapa sahaja yang ingin berbelanja. Selain memberi akses kepada kod baucer, penghantaran percuma turut diberikan daripada lebih 2,500 kedai dalam pelbagai kategori seperti elektronik, permainan, bayi dan kanak-kanak, barangan runcit, rumah dan tempat tinggal, kesihatan dan kecantikan, fesyen, sukan dan gaya hidup, buku, filem dan alat tulis serta perkhidmatan, kupon dan tiket.

9) eBay

eBay merupakan salah satu marketplace dalam talian yang tertua di dunia. Walaupun tidak popular seperti marketplace yang lain, ia tetap kekal dalam kedudukan 10 marketplace yang popular di Malaysia. Perbezaan antara eBay dan marketplace lain, ia membolehkan anda menjual barangan terpakai pada harga tetap atau lelong.

10) Prestomall

Sebelum ini Prestomall dikenali dengan nama 11street. Ia merupakan marketplace yang menawarkan pelbagai ganjaran. Terhasil daripada kerjasama antara Axiata Digital (Malaysia) dan SK Planet (Korea Selatan), ia turut menawarkan pelbagai produk daripada pelbagai kategori.

Sumber: entrepreneurcampfire.com

Artikel berkaitan

Kecemerlangan guru SAMT Sultan Hisamuddin berjaya bangunkan potensi pelajar

Prinsip 5P terbukti dalam kemenjadian murid di SJKC Chung Hua 5

Galakan dan sokongan berterusan kepada pelajar, faktor kejayaan kokurikulum SMK Tengku Idris Shah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan