YSS-SINARBESTARI-2022 (3)
YSS-SINARBESTARI-2022 (3)

100 sukarelawan YSS dekati masyarakat Sabah

nadzarul.amir
08 Dec 2022 02:13pm
A
A
A

Seramai 100 sukarelawan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) mendekati masyarakat Sabah di tiga daerah negeri terbabit dalam usaha menabur bakti kepada masyarakat setempat dengan kemahiran yang mereka ada.

Misi sukarelawan siswa yang merangkumi tiga daerah iaitu Kudat, Tuaran dan Beluran telah memberi peluang kepada para siswa melihat sendiri kehidupan masyarakat pedalaman di Sabah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wong Kin Lun berkata, pelbagai program telah dilaksanakan sepanjang misi berlangsung bermula 29 Ogos hingga 13 September lalu.

“Antara aktiviti yang diadakan ialah kelas tambahan dengan mengetengahkan konsep Fun Learning, bicara siswa bersama para pelajar Tingkatan Empat dan Lima, menaik taraf sistem perparitan sekolah serta membuat laluan pejalan kaki sekolah.

“Selain itu, ibu bapa peserta turut diberi pendedahan mengenai kemahiran digital, latihan kecemasan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat serta pemeriksaan kesihatan percuma bersama Pejabat Kesihatan,” ujarnya.

Sukarelawan Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) mendekati masyarakat Sabah di tiga daerah negeri terbabit dalam usaha menabur bakti kepada masyarakat setempat dengan kemahiran yang mereka ada baru-baru ini.

Tambah Kin Lun, sukarelawan siswa turut diberi kesempatan tinggal bersama komuniti sekali gus memberi pendedahan serta mendekati budaya setempat.

Tuturnya, enam lokasi telah dipilih menjadi penempatan sukarelawan siswa iaitu Kampung Perpaduan (Pulau Banggi), Kampung Indarason Laut (Matunggong), Kampung Penimbawan, Kampung Berungis, Kampung Kabuluh (Paitan) dan Kampung Tangjung Nipis (Paitan).

“Ia melibatkan para peserta dari institusi pengajian tinggi (IPT) yang merangkumi universiti awam, universiti swasta, politeknik, kolej komuniti dan Institut Pendidikan Guru (IPG).

Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) berharap misi sukarelawan siswa di Sabah dapat meningkatkan keprihatinan para peserta.

“Kebanyakan para peserta sangat teruja kerana misi kali ini adalah aktiviti kemasyarakatan yang pertama selepas dua tahun mengikuti pembelajaran dalam talian.

Katanya lagi, YSS berharap misi berkenaan dapat meningkatkan keprihatinan para peserta untuk membantu masyarakat dan memupuk semangat sukarelawan dalam kalangan pelajar IPT.

Artikel berkaitan

Sukarelawan USM siap sedia misi bantuan banjir

Sukarelawan UTeM cakna pelihara keindahan Pulau Bidong

Kesibukan mengejar PhD tidak halang Mogesh aktif sebagai sukarelawan alam sekitar


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan