WhatsApp Image 2022-12-09 at 10.10.33 AM
WhatsApp Image 2022-12-09 at 10.10.33 AM

150 pelajar SPM terima manfaat Program Jejak Cemerlang Pernas

Adlan Farhan Azwan
09 Dec 2022 10:07am
A
A
A

Dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) telah menganjurkan Program Jejak Cemerlang yang diadakan di Menara Pernas pada 6 hingga 7 Disember lalu.

Pernas dalam satu kenyataan memaklumkan, seramai 150 pelajar Tingkatan Lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pantai, Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2022/2023 telah terlibat dalam program tersebut.

Katanya, program yang sudah memasuki tahun keenam itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknik menjawab soalan peperiksaan yang tepat, selain berkongsi petua bagaimana untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam subjek-subjek teras.

“Sejak program ini dilaksanakan pada 2015, terdapat peningkatan konsisten bagi Gred Purata Sekolah (GPS) iaitu nilai pencapaian gred secara keseluruhan yang melibatkan semua mata pelajaran setiap tahun.

“Penganjuran pada Januari 2022 menyaksikan sekurang-kurangnya 83 peratus pelajar lepasan SPM yang mengikuti Program Jejak Cemerlang berjaya melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang dan kemahiran di universiti serta kolej iaitu 125 daripada 150 orang pelajar,” beritahu kenyataan itu.

Program Jejak Cemerlang merupakan antara inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Pernas yang berteraskan keusahawan, pendidikan dan kebajikan yang diadakan tahun ini.

Dalam pada itu, Pernas memaklumkan, tenaga pengajar yang terdiri daripada guru-guru berpengalaman dari lima buah sekolah sekitar Lembah Klang telah dibawa khas untuk membantu para pelajar memperkasakan lagi penguasaan dalam subjek-subjek teras iaitu Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Islam.

“Penceramah motivasi terkenal, Ustaz Don Daniyal turut hadir bagi memberi ceramah untuk membina semangat pelajar-pelajar SPM agar menyedari kepentingan ilmu dalam kehidupan masa kini serta membina sahsiah diri yang baik dan terpuji,” tambahnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Exco Pernas, Datuk Abu Bakar As-Sidek Mohd Sidek berharap pelajar-pelajar yang terlibat dalam program itu mengambil peluang memantapkan ilmu dan menambah pengetahuan sedia ada bagi mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan SPM.

Artikel berkaitan

Guru sebak terima anugerah sempena Hadiah Sastera Perdana Malaysia

2 penuntut Unisel terima Anugerah Khas Per­dana Menteri

Graduan UPSI jual lebih 17,000 buku tajwid tampung kos sara hidup semasa pengajian


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan